Mubasyirin Bil-Jannah" (Sepuluh Sahabat Yang Dijamin Masuk Syurga)
SAIYIDINA ABU BAKAR AL
SIDDIQ R.A.
Nama Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq
R.A. adalah tidak asing lagi bagi sekelian ummat Islam, baik dahulu mahupun
sekarang. Dialah manusia yang dianggap paling teragung dalam sejarah Islam
sesudah Rasulullah S.A.W. Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam
mengorbankan harta benda dan kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan
masalah ummat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya
ketika berkuasa serta tuturbahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar
dicari bandingannya balk dahulu mahupun sekarang. Dialah tokoh sahabat
terbilang yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah S.A.W.
Nama sebenar Saiyidina Abu Bakar
Al-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau adalah seorang
saudagar yang tersangat kaya serta datangnya dan keluarga bangsawan yang sangat
dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam lagi, Abu Bakar
telah terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya
dan tidak pernah minum arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh
pembesar-pembesar Quraisy yang lain. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar
membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang
membenarkan)
Dan segi umur, Saiyidina Abu Bakar
R.A. adalah dua tahun lebih muda dan Rasulullah S.A.W. dan telah menjalin
persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul lama sebelum Rasulullah S.A.W.
menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang dianggap paling banyak sekali
berkorban harta benda untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad
S.A.W. Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah S.A.W. pernah
mengatakan bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pengorbanan
Saiyidina Abu Bakar R.A. Adapun gelaran Al-Siddiq yang diberikan kepadanya itu
adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja kata-kata mahupun
perbuatan Nabi Muhammad S.A.W. Dalam hal ini elok kita petik suatu kisah
seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud yang dicenitakan sendiri kepadanya
oleh Saiyidina Abu Bakar, tentang bagaimana Saiyidina Abu Bakar R.A. memeluk
agama Islam.
Kata Saiyidina Abu Bakar R.A.
ketika menceritakan suatu kisah mengenai dirinya kepada Ibnu Mas'ud, "Aku
pernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab
dan mengajar banyak munid. Dia berkata kepadaku:
"Aku
kira tuan datang dari Tanah Haram”.
"Benar,
jawabku.
"Aku
kira tuan berbangsa Quraisy?
"Benar,
ujarku lagi.
"Dan
apa yang aku lihat, tuan dan keluarga Bani Taiyim?
"Benarlah
begitu, tambahku selanjutnya.
Orang
tua itu terus menyambung, katanya, "Ada satu lagi hal yang hendak aku
tanyakan dari tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak keberatan jika
aku lihat perutmu?
Maka
pada ketika itu aku pun berkata, "Aku keberatan hendak memperlihatkan
selagi tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya.
Maka
ujar orang tua itu, "Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa
seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua
onang sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separoh umur.
Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi
pelindungnya dalam sebarang kesusahan. Sementara yang separoh umur itu putih
kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di
paha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan perlihatkan kepadaku.
Maka
sesudah dia berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu orang tua itu pun melihatlah
tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata, "Demi Tuhan yang
menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!
Kemudian
orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk
beberapa waktu kenana mengurusi perniagaanku dan sebelum meninggalkan negeri
itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat
tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya, "Bolehkah tuan menyampaikan
beberapa rangkap syairku?
"Boleh
sahaja, jawabku.
Setelah
itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah,
para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, "Adakah engkau tahu
yang sudah terjadi? Maka ujarku pula, "Apakah yang terjadi itu?
Jawab
mereka, "Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak
mengingat engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah
satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.
Kemudian
aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui
Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, "Wahai Muhammad, tuan
telah mencemarkan kedudukan keluarga tüan dan aku mendapat tahu tuan
terang-terang telah menyeleweng dan kepercayaan nenek moyang kita.
Maka
ujar baginda, "Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan
untuk sekelian ummat!
Aku
pun bertanya kepada baginda, "Apa buktinya?
Jawabnya,
"Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.
Aku
menambah lagi, "Orang tua yang mana satukah yang tuan maksudkan kerana
ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?
Baginda
menyambung, "Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada engkau!
Aku
terkejut mendengarkannya lalu bertanya, "Siapakah yang telah memberitahu
tuan, wahai sahabatku?
Maka
ujar baginda, "Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.
Akhirnya
aku benkata, "Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik
saksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya
Pesuruh Allah.
Demikianlah kisah indah yang
meniwayatkan bagaimana Islamnya Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq. Dan memanglah
menurut riwayat beliau merupakan lelaki yang pertama yang beriman kepada
Rasulullah S.A.W.
Keislaman Saiyidina Abu Bakan
Al-Siddiq R.A. telah membawa penganuh besar di kalangan kaum bangsawan Quraisy
kerana dari pengaruh keislamannya itulah maka beberapa orang pemuda
bangsawan Quraisy seperti Saiyidina Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, dan
Saad Bin Waqqas menuruti jejak langkahnya. Semenjak beliau memeluk Islam,
Saiyidina Abu Bakan R.A. telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta
seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W.
Sebagai memperlihatkan kecintaan baginda terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A.,
dapat kita ketahui dan satu dialog yang terjadi antara baginda Rasul dengan
Amru Bin Al As. Amru seorang sahabat Rasulullah S.A.W. pernah suatu han
menanyakan Rasul, "Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayangi?
Baginda menjawab, "Siti Aisyah, dan kalau laki-laki adalah bapanya.
Selain danipada itu Saiyidina Abu
Bakar Al-Siddiq R.A. adalah seonang sahabat yang terkenal kerana keteguhan
imannya, cendas akal, tinggi akhlak, lemah lembut dan penyantun. Rasulullah
S.A.W. pernah menyanjungi sahabatnya itu dengan sabdanya, "Jika ditimbang
iman Abu Bakan Al-Siddiq dengan iman sekelian ummat maka berat lagi iman Abu
Bakan. Demikian teguhnya iman Saiyidina Abu Bakan R.A. demi apakala kita
memperhatikan pengertian yang terkandung pada sabda Rasulullah S.A.W. mengenai
dirinya itu. Gelaran AlSiddiq yang dibenikan orang terhadap diri Saiyidina Abu
Bakan R.A. adalah lantaran memandang sikap serta pendiriannya yang teguh dalam
membenarkan serta membela din Rasulullah S.A.W. Andainya sekelian ummat manusia
akan mendustakan Muhammad S.A.W. Abu Bakar R.A. akan pasti pula tampil dengan
penuh keyakinan untuk membelanya.
Tidak beberapa lama setelah memeluk
agama Islam, Saiyidma Abu Bakar yang terkenal sebagai saudagar yang kaya itu
telah meninggalkan perdagangannya dan meninggalkan semua usaha peribadi
lain-lainnya lalu menyerahkan segenap kekayaan dan jiwa raganya untuk melakukan
penjuangan menegakkan Islam bersama Nabi Muhammad S.A.W. sehingga oleh kerana
kegiatannya maka Agama Islam mendapat kemegahan dengan Islamnya beberapa pemuda
Quraisy yang lain seperti yang telah disebutkan itu. Beliau telah mengorbankan
seluruh hanta bendanya untuk menebus orang-orang yang ditawan, orang-orang yang
ditangkap atau disiksa. Selain danpada itu beliau juga telah membeli
hamba-hamba yang kemudian dimerdekakannya. Salah seorang hamba yang dibelinya
lalu kemudian dibebaskan yang paling terkenal dalam sejarah ialah Bilal Bin
Rabah.
Tatkala Nabi Muhammad selesai
melakukan Isra' dan Mikraj segolongan orang yang kurang mempercayai apa yang
telah dikhabarkan Rasulullah S.A.W. telah pergi menemui Saiyidina Abu Bakan
R.A. untuk mendengarkan apa pendapatnya tentang dakwaan Muhammad S.A.W.
itu. Tujuan kedatangan mereka mendapatkan Abu Bakar R.A. tidak lain dengan
prasangka tentunya Abu Bakar R.A. kali ini akan mendustakan kisah yang tidak
masuk akal pada fikiran mereka itu. Setelah pertanyaan itu disampaikan kepada
Abu Bakar R.A. lalu beliau pun berkata, "Adakah Muhammad berkata begitu?
Sahut mereka, "Benar! Maka ujar Saiyidina Abu Bakar R.A. "Jika
Muhammad berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang diceritakan itu. Lalu
mereka pun terus menyambung, "Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa Muhammad
sampai ke tanah Syam lebih sebulan perjalanan pulang, di malam semalam tadi?
Maka sahut Abu Bakan sungguh-sungguh, "Benar! Aku percaya! Malah lebih dan
itu aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dan langit diberitakannya
baik pada waktu slang mahupun di waktu malam! Demikian hebatnya sambutan sahabat
yang paling utama itu. Kerana tegas dan teguhnya iman beliau terhadap agama
yang dibawa oleh Muhammad dan terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda maka
beliau telah diberi oleh Rasulullah S.A.W. dengan gelaran Al-Siddiq, entinya
yang benar.
Dan memanglah tidak menghairankan
sekali sikap Abu Bakar itu. Beliau telah kenal akan Muhammad S.A.W. bukan
sehari dua, melainkan sudah boleh dikatakan seumur manusia. Beliau tahu bahawa
sahabatnya itu benkata benar, tak pernah bohong; orang amin. Mustahil baginda akan
khianat kepada pengikutnya yang pencaya kepadanya. Beliau mengimani sahabatnya
itu Pesunuh Allah Yang Maha Kuasa, menenima wahyu danipada Tuhannya. Beliau
sudah bertahun-tahun mengikutkan petunjuk yang diwahyukan oleh Allah kepada
sahabatnya itu maka telah teguhlah iman dalam hatinya.
Tatkala keadaan kekejaman
orang-orang musynikin Quraisy tenhadap kaum Muslimin yang sedikit jumlahnya di
Mekah semakin hebat dan membahayakan, Nabi Muhammad S.A.W. telah mengadakan
permusyuaratan di numah Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk mencani jalan keluar
danipada kesulitan yang sedang dihadapi oleh pihak kaum Muslimin. Ketika itulah
Rasulullah S.A.W. menjelaskan kepada Saiyidina Abu Bakan R.A. bahawa Allah
S.W.T. telah memerintahkan baginda supaya melakukan hijrah ke Madinah serta
meminta Saiyidina Abu Bakar R.A. supaya menemaninya dalam peristiwa hijrah
tersebut. Dengan perasaan gembira tanpa sedikit kebimbanganpun Saiyidina Abu
Bakar R.A. menyambut penmintaan Rasulullah S.A.W.
Dari pintu belakang rumah Saiyidina
Abu Bakar R.A. Rasulullah S.A.W. bersama-sama Saiyidina Abu Bakar menuju ke
Gunung Tsaur dan bersembunyi di gua yang dibeni nama Gua Tsaur. Pada saat
suasana amat kritis, Saiyidina Abu Bakar R.A. diserang rasa kegelisahan dan
cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh dapat mengetahui di mana Rasulullah
sedang bensembunyi, maka pada saat itu turun ayat suci Al Quran dari Surah
Taubah yang isinya memuji Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq, sebagai orang kedua
sesudah Nabi s,a.w. dalam Gua Tsaur. Dalam pada itu Rasulullah S.A.W. pun
mengerti akan situasi dan kegelisahan sahabatnya itu yang oleh kerananya Rasul
benkata, "Apakah yang menggelisahkanmu, bukankah Allah menemani kita?
Kemudian Rasulullah S.A.W.,
diriwayatkan berkata selanjutnya untuk menghilangkan kebimbangan Saiyidina Abu
Bakan, "Kiranya mereka masuk juga ke dalam gua ini kita masih dapat
melepaskan diri dari pintu belakang itu, ujar Rasul sambil menunjukkan ke
belakang mereka. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun menoleh ke belakang. Betapa
terkejutnya beliau bila dilihatnya pintu belakang yang ditunjuk oleh Rasul itu,
padahal pintu tersebut tadinya tidak ada sama sekali. Sebenarnya kebimbangan
Abu Bakar R.A. tatkala di dalam gua itu bukanlah kerana takutkan nyawanya akan
diragut oleh pihak musuh tetapi yang lebih dibimbangkannya ialah keselamatan
jiwa baginda Rasul. Beliau pennah berkata, "Yang saya bimbangkan bukanlah
mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah seorang
manusia biasa. Tapi andaikata tuan sendiri dapat dibunuhnya maka yang akan
hancur ialah satu cita-cita yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilan
dan yang akan tegak pula ialah kezaliman.
Ucapan antana dua orang sahabat
tatkala dalam gua itu ada tersebut dalam Al Quran dalam Surah Al Baqarah ayat
40: "Kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) ketika dia diusir oleh
orang-orang kafir (dan kampung halamannya), dalam keadaan berdua orang sahaja
di dalam suatu gua, Di kala itu dia (Muhammad) berkata kepada sahabat karibnya
(Abu Bakar): Jangan engkau berdukacita; sesungguhnya Tuhan bensama kita. Tuhan
menurunkan ketenanganNya kepadanya, dan dikuatkannya dengan tentera yang tidak
kamu lihat. Dan Tuhan menjadikan perkataan orang yang kafir itu paling rendah
dan perkataan Tuhan itu yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha Kuasa dan Bijaksana.
Demikian satu lagi keistimewaan
Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq sebagai seorang sahabat yang sama-sama mengalami
kesukaran dan kepahitan bersama-sama Rasulullah dalam menyampaikan seruan
Islam. Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak bercerai jauh dengan baginda Rasul sepanjang
hidupnya dan menyertai semua peperangan yang dihadapi oleh baginda. Beliau
bukan sahaja berjuang menegakkan Agama Islam dengan segenap jiwa raganya bahkan
juga dengan harta kekayaannya. Sungguh beliaulah yang paling banyak sekali
berkorban harta untuk menegakkan Agama Islam. Bahkan seluruh kekayaannya telah
habis dipergunakannya untuk kepentingan penjuangan menegakkan kalimah Allah. Di
kalangan para sahabat beliaulah tergolong onang yang paling murah hati dan
dermawan sekali.
Dalam Perang Tabuk misalnya,
Rasulullah S.A.W. telah meminta kepada sekelian kaum Muslimin agar mengorbankan
hartanya pada jalan Allah. Tiba-tiba datanglah Saiyidina Abu Bakan R.A. membawa
seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul.
Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan
jihad itu maka Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata kepadanya:
"Hal
sahabatku yang budiman, kalau sudah semua hanta bendamu kau korbankan apa lagi
yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?
Pertanyaan Rasulullah S.A.W. itu
dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum,
ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya.
Demikianlah kehebatan jiwa
Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq, suatu contoh kemurahan hati yang memang tidak
dijumpai bandingannya di dunia. Memandangkan besarnya pengorbanan beliau
terhadap Islam maka wajarlah kalau Rasulullah bersabda bahawa tegaknya Agama
Islam itu adalah lantaran hanta benda Siti Khadijah dan juga Saiyidina Abu
Bakan Al-Siddiq. Tepatlah juga tatkala baginda bersabda bahawa kiranya iman
seluruh ummat ditimbang bersama iman Saiyidina Abu Bakan R.A. maka berat lagi
iman Saiyidina Abu Bakan R.A. Beliau memang manusia luar biasa kebesarannya
yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. untuk menjadi teman akrab Rasulullah
s.a.w
Pada suatu ketika di saat
Rasulullah membaca khutbah yang antara lain menyatakan bahawa kepada seseorang
hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih ganjaran yang tersedia
di sisi Allah, dan hamba Allah tersebut tidak akan memilih dunia, melainkan
memilih apa yang tersedia di sisi Tuhan... Maka ketika meñdengar khutbah Nabi
demikian itu Saiyidina Abu Bakar R.A. lalu menangis tersedu-sedu, kenana sedih
dan terharu sebab beliau mendengar dan mengerti bahawa yang dimaksud dalam isi
khutbah tersebut ialah bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini sudah hampir
berakhir. Demikian kelebihan Saiyidina Abu Bakar R.A. di- banding dengan para
sahabat yang lain kerana beliaulah yang mengetahui bahawa umur Rasul hampir
dekat.
Keunggulan beliau dapat dilihat
dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. di kala mana ummat Islam hampir-hampir
menjadi panik serta tidak percaya kepada kewafatannya. Bahkan sahabat besar
Saiyidina Umar Al Khattab sendiri telah diselubungi kekacauan fikinan dan
tampil ke muka umum sambil mencabar dan mengugut sesiapa sahaja yang berani
mengatakan baginda telah wafat. Ujan Umar n.a., "Rasulullah tidak wafat,
dia hanya pergi menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah
menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian pulang semula
kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya.
Ketika kegawatan itu berlaku
Saiyidina Abu Bakar sedang berada di suatu kampung Al-Sunnah. Tatkala berita
kewafatan Rasulullah itu sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju ke
Madinah. Di sana beliau dapati ramai orang sedang benkumpul mendengarkan pidato
Saiyidina Umar Al Khattab tadi. Tanpa lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar
terus ke rumah puterinya Siti Aisyah dan di sanalah beliau dapati mayat
Rasulullah S.A.W. terbujur di satu sudut rumah. Beliau lantas membuka wajah
Rasulullah dan mengucupkannya, sambil benkata, "Wahai, betapa cantiknya
engkau ketika hidup dan betapa cantiknya engkau ketika mati! Kemudian beliau
pun keluar mendapatkan orang ramai yang sedang dalam panik itu lalu berkata
dengan nada yang keras:
"Wahai kaum Muslimin!
Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi
barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati.
Seraya menyambung membacakan sepotong ayat dan Al Qun'an:
"Muhammad itu tidak lebih dari
seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau
terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang,
dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi
ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.
Sejurus sahaja mendengar ayat itu,
Saiyidina Umar Al Khattab pun terus rebah hingga barulah beliau dan orang ramai
Islam yang telah mendengar pidatonya tadi mendapat kepastian bahawa Rasulullah
sudah wafat. Kaum Muslimin tentunya telah pernah dengar ayat ini sebelumnya,
kerana ayat itu telah turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah S.A.W.
telah diberitakan mati terkorban dan menyebabkan banyak pejuang-pejuang Islam
berundur ke Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini seperti
yang difahami oleh Saiyidina Abu Bakar R.A. Ini jelas membuktikan kecerdasan
Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dalam memahami Islam.
Ketika Rasulullah S.A.W. wafat,
baginda memang tidak meninggalkan pesan tentang siapa yang patut menggantikan
baginda sebagai Khalifah ummat Islam. Tetapi setelah lama berbincang kaum
Muslimin dengan suara ramai memilih Saiyidma Abu Bakan Al-Siddiq sebagai
Khalifah setelah namanya itu dicalunkan oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab R.A.
Pemilihan ini tentulah tepat sekali kenana pada pandangan kaum Muslimin memang
beliaulah yang paling layak sekali memegang kedudukan itu memandangkan
kelebihan-kelebihannya dari para sahabat yang lain. Apatah lagi beliaulah yang
pernah ditunjuk oleh baginda Rasul semasa hayatnya untuk menggantikan baginda
sebagai imam sembahyang tatkala baginda sedang uzur.
Setelah dipilih oleh sebahagian
besar ummat ketika itu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq pun memberikan ucapannya
yang tenkenal yang antana lainnya baginda berkata:
"Wahai
sekelian ummat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini
bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemenintahanku baik,
maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di
antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan
haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga
aku harus mengambil hak orang lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikan
kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan
RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak harus
lagi patuh kepadaku.
Aku dipilih untuk memimpin urusan
ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin benar kalau ada di
antaramu orang yang cekap untuk urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta
kepadaku agar aku berbuat sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
sungguh aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah adalah seorang hamba
Allah yang dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari
kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada
kelebihannya dari seorangpun juga di antara kamu.
Ini adalah satu pembaharuan dalam
pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh rakyat jelata kerajaan Rome dan
Parsi yang memerintah dunia barat dan timur ketika itu. Baginda telah mematuhi
manifesto politiknya. Baginda hidup seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka
didewa-dewakan. Adalah diriwayatkan bahawa pada satu masa ada orang
memanggilnya, "Ya Khalifah Allah! Baginda dengan segena memintas cakap
orang itu dengan katanya:
"Saya
bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah RasulNya!
Adalah diriwayatkan bahawa pada
keesokan harinya iaitu sehari setelah baginda terpilih sebagai Khalifah,
Saiyidina Abu Bakan R.A. kelihatan membawa barang perniagaannya ke pasar.
Beberapa orang yang melihat itu lalu mendekati baginda, di antananya Abu
Ubaidah Bin Janrah. Sahabat besar itu mendekati baginda seraya berkata,
"Urusan Khalifah itu tidak boleh dicampuri dengan berniaga! Lalu Abu Bakar
R.A. bertanya, "Jadi dengan apakah aku hidup, dan bagaimana aku
membelanjai rumah tanggaku? Demikian sedihnya nasib yang menimpa Saiyidina Abu
Bakar R.A. sebab walaupun kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum ada
lagi ketetapan untuk bagi seseorang kepala pemenintah Islam memperolehi gaji
dari hanta kerajaan.
Keadaan ini mendapat perhatian dari
para sahabat lalu mereka menentukan tunjangan secukupnya buat baginda dan buat
keluarga baginda yang diambil dari Baitul Mal. Kemudian itu baharulah Khalifah
Abu Bakar meninggalkan usaha penniagaannya kerana hendak memusatkan selunuh
tenaganya untuk mengembangkan agama Islam dan menjalankan tanggungjawabnya
sebagai seorang Khalifah. Semasa hertugas sebagai Khalifah ummat Islam baginda
hanya menerima penuntukan sebanyak enam ribu dirham sahaja setahun iaitu
kira-kira lebih kurang 1,200 dolar sahaja setahun. Peruntukan itu tidak
dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan sebelum wafatnya baginda telah
memenintahkan supaya pendapatannya itu diserahkan kembali kepada Baitul Mal.
Kebijaksanaan Abu Bakar R.A. juga
ternyata dalam polisinya menyamakan pemberian elaun kepada orang-orang yang
berhak agar mereka tidak dipisahkan oleh jurang-jurang perbezaan yang jauh agar
tidak lahir satu golongan yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa dan
golongan-golongan yang lain. Sedangkan baginda sendiri hanya mengambil sekadar
keperluan-keperluan asasi buat diri dan keluarganya.
Sebelum baginda wafat, kepada
Saiyidina Umar Al Khattab baginda telah mewasiatkan agar jangan menghiraukan
jenazahnya nanti bila baginda pulang ke rahmatullah, melainkan haruslah dia
segera mengirim bala tentera ke Iraq untuk membantu Al Muthanna yang sedang
bertempur di Iraq itu. Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak lupa mengingatkan
Saiyidma Umar R.A. apa yang dikerjakannya di waktu Rasulullah wafat dan
bagaimana cintanya kepada Rasul dan perhatiannya kepada jenazah baginda yang
suci itu tidak mengabaikannya dan melaksanakan kewajipan bianpun yang demikian
itu amat berat bagi jiwanya. Dengarlah antara lain kata-katanya kepada Umar
Ibnul Khattab R.A.:
"Denganlah hai Umar! Apa yang
akan kukatakan ini dan laksanakanlah. Aku mengharap akan kembali ke hadrat
Allah hari ini sebab itu sebelum matahani terbit pada esok hari engkau
hendaknya telah mengirim bala hantuan kepada Al Muthanna. Janganlah hendaknya
sesuatu bencana bagaimana pun besannya dapat melupakan kamu dan urusan agama
dan wasiat Tuhan. Engkau telah melihat apa yang telah ku lakukan tatkala
Rasulullah wafat sedang wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum
pernah manusia ditimpa bencana yang sebesar itu. Demi Allah, andaikata di waktu
itu aku melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita telah jatuh dan
mendapat siksaan Allah, dan pasti pula kota Madinah mi telah jadi lautan api.
Dalam masa pemerintahannya yang
singkat Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq yang memerintah hanya dalam masa dua
tahun sahaja itu telah meletakkan asas pembangunan sebuah pemenintahan Islam
yang teguh dan kuat setelah berjaya mengatasi berbagai macam masalah dalam
negeri dengan segala kebijaksanaan dan kewibawaannya. Baginda telah memenuhi
segenap janji-janjinya dan dalam masa dua tahun pemerintahannya itu telah
terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan lembaran-lembaran yang abadi.
Sungguh kehidupan Saiyidina Abu
Bakar Al-Siddiq adalah penuh dengan ibarat, penuh dengan nasihat, penuh dengan
ajaran serta kenang-kenangan yang indah mulia. Selama dua tahun pemerintahannya
itu baginda telah berjaya menyusun tiang-tiang pokok dan kekuatan Islam.
Baginda telah membangunkan kekuatan-kekuatan yang penting bagi memelihara
kepercayaan kaum Muslimin dan bagi memelihara keagungan Agama Islam. Bahkan
baginda telah mengakhiri niwayat pemerintahan yang dipimpinnya dengan
menundukkan sebahagian daripada negeri Syam dan sebahagian daripada negeri
Iraq.
Ketika dia sakit, para sahabat mengatakan kepadanya, “bolehkah
kami memanggil doktor untuk memeriksa penyakitmu?” “Doktor telah memeriksa
penyakitku,” jawab Abu Bakar. “Apa yang dikatakan doktor tentang penyakitmu?” Tanya
mereka. Abu bakar menjawab, “Dia mengatakan, “sesungguhnya Aku Maha Kuasa
melakukanapa yang Aku kehendaki.” Abu Bakar meninggal dunia pada 12H ketika umur baginda menginjak 63 tahun.
Baginda dikebumikan di samping makam Rasulullah S.A.W. di Masjid Madinah.
Semoga riwayat serta penjuangan baginda menjadi contoh ibadat yang murni bagi
sekelian kaum Muslimin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan