1. Dari Abu Umamah
Al-Bahiliy r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Dari amalan-amalan; Allah
SWT hanya akan menerima amalan-amalan yang dilkukan ikhlas semata-mata untukNya
dan yang bertujuan untuk mendapatkan redhaNya sahaja. (HR Nasa’i)
2. Dari Abu Hurairah r.a
berkata bahawa Rasulullah SAW telah dipinta untuk mendoakan keburukan kepada
orang-orang Musyrik. Maka Baginda SAW telah bersabda: Aku tidak diutus sebagai
seorang pelaknat, aku diutus hanya sebagai rahmat. (HR Muslim)
3. Hazrat Anas r.a
meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Hanyasanya perkara-perkara yang
membinasakan ialah sifat kikir yang dituruti, hawa nafsu yang dilayani dan
orang yang menganggap dirinya baik. (HR Bazzar, Baihaqi, Targhib)
4. Dari Anas bin Malik
r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barang siapa yang keluar
dijalan Allah SWT walau untuk satu petang, maka sebanyak mana debu yang melekat
padanya, dia akan diberi kasturi sebanyak itu dihari kiamat nanti. (HR Ibnu
Majah)
5. Dari Jabir r.a
berkata bahawa para sahabat telah berkata: ya Rasulullah! Anak-anak panah
khabilah Thaqif telah memusnahkan kita, Tuan doakan keburukan terhadap mereka.
Baginda SAW bersabda: Ya Allah! Berilah hidayah kepada kabilah Thaqif! (HR
Tirmizi)
6. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa baginda rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa memaafkan
kesalahan saudaranya yang Islam, Alllah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari
Kiamat. (HR Ibn Hibban)
7. Dari Abdullah bin
Umar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tiada satu
tegukan yang ditelan oleh seorang hamba yang disukai oleh Allah daripada satu
tegukan marah. Dia menelan kemarahan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.
(HR Ahmad)
8. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa baginda rasulullah SAW bersabda: Seorang yang kuat itu
bukanlah orang yang dapat membalas(pukulan lawannya) tetapi seorang yang kuat
itu ialah dia yang dapat mengawal diri dan perasaannya dengan baik ketika
marah. (HR Bukhari)
9. Hazrat Abdullah bin
Qais Al Khuza’i r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa
berdiri dengan penuh perasaan riak dan sum’ah (suka dipuji-puji), dia sentiasa
di dalam kemurkaan Allah SWT sehingga dia duduk (dan meninggalkan niatnya itu).
(Tafsir Ibnu Kathir)
10. Dari Jabir r.a
berkata: Aku mendengar baginda Rasulullah SAW bersabda: Syaitan merasa kecewa
kerana tidak dapat menukar akidah orang-orang semenanjung Arab tetapi tidak
merasa kecewa untuk menyebarkan fitnah, perbalahan dan perpecahan dikalangan
mereka. (HR Muslim)
11. Dari Anas r.a
meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang menunjuk sesuatau
kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan
satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seseorang dalam
kesukaran. (HR Bazzar dan Targhib)
12. Dari Ibnu ‘Abbas r.a
berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Bukanlah dari kalangan pengikut
kami, yang tidak berkasih sayang kepada yang kecil dikalangan kami, yang tidak
menghormati yang tua dikalangan kami, yang tidak menyuruh akan kebaikan, yang
tidak melarang dari kejahatan. (HR Tirmizi)
13. Dari Abu Hurairah r.a
berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barang siapa yang datang berjumpa
Allah SWT dalam keadaan tubuh badannya tidak mempunyai langsung tanda berjihad,
maka dia akan bertemu Allah SWT dalam keadaan dirinya yakni agamanya ada cacat
cela. (HR Abu Daud)
14. Dari Abdullah Ibnu
Mas’ud r.a telah berkata bahawa ada seorang telah bertanya kepada Rasulullah
SAW: Apakah amalan yang paling afdhal? Baginda SAW telah menjawab: Menunaikan
sembahyang pada waktunya, berbakti kepada kedua ibubapa dan berjihad di jalan
Allah SWT. (HR Bukhari)
15. Dari Abu Umamah
Al-Bahiliy r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang
berpuasa sehari di jalan Allah naka Allah akan meletakkan diantaranya dan
neraka satu pemidang yang besarnya adalah jarak diantara bumi dan langit. (HR
Tirmizi)
16. Dari Uthman bin Affan
r.a berkata bahawa akau mendengar Rasulullah SAW bersabda: Berkawal satu malam
di jalan Allah SWT adalah lebih baik dari seribu malam yang dihabiskan waktu
malam itu dengan berdiri beribadat dan siangnya dihabisi dengan berpuasa. (HR
Musnad Ahmad)
17. Dari Abu Hurairah r.a
katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Para Sahabat
bertanya; Wahai Rasulullah SAW bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda
SAW bersabda: Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah. (HR Ahmad,
Tabrani dan at-Targhib)
18. Dari Abu Umamah r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa mencintai seseorang
kerana Allah, dan membenci kerana Allah SWT, memberi kerana Allah SWT dan
menarik pemberian juga kerana Allah SWT, maka sesungguhnya dia telah
menyempurnakan imannya. (HR Abu Daud)
19. Dari Anas bin Malik
r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sangat beruntung sekali orang
yang beriman kepadaku dan pernah melihatku (sekali). Sungguh beruntung sekali
orang yang beriman kepadaku dan belum pernah melihatku (sehingga tujuh kali).
(HR Ahmad)
20. Dari Arfajah bin
Syurah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tangan Allah di
atas jemaah. Yakni pertolongan Allah yang khusus adalah bersama jemaah. Kerana
ini, sesiapa yang berpisah dari jemaah, maka syaitan bersamanya dan sentiasa
cuba menyesatkannya. (HR Nasa’i)
21. Dari Anas r.a meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Bermudah-mudahlah dengan orang ramai, dan
jangan menyusah-nyusahkan mereka. Berilah berita-berita gembira dan jangan
datangkan rasa benci. (HR Bukhari)
22. Dari Fadholah bin
Ubaid r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Amalan yang paling
menghampirkan seseorang itu kepada Allah SWT ialah jihad di jalan Allah. Dalam
perkara penghampiran diri kepada Allah SWT tidak ada satu amalan pun yang
hampir menyamai jihad. (HR Bukhari)
23. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Orang yang sentiasa
berulang-alik ke masjid di dalam kegelapan malam mereka itulah orang yang hati
sanubarinya tenggelam di dalam rahmat Allah. (HR Ibn Majah)
24. Dari Buraidah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Berilah berita gembira
kepada mereka yang pergi ke masjid selalu di waktu gelap gelita dengan cahaya
yang sempurna pada hari Hisab nanti. (HR Abu Daud)
25. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Aku mahu untuk menyuruh beberapa
orang pemuda mengumpulkan seberkas kayu-kayu api dan pergi ke rumah orang-orang
yang bersembahyang di rumah masing-masing tanpa uzur syarie dan membakarnya.
(HR Abu Daud)
26. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang
memenuhkan saf-saf, Allah SWT akan meninggikan darjatnya dan Para malaikat akan
meliputi mereka dengan rahmat dan kebaikan. (HR Tabrani, Targhib)
27. Dari Aisyah r.ha
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah Taala menurunkan rahmat ke
atas orang-orang yang memenuhkan saf-saf yang kosong dan para malaikat memohon
keampunan untuknya. (HR Mustadrak Hakim)
28. Dari Ali r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Wahai ahli-ahli Al-Quran!
Bersembahyang witirlah kamu, kerana sesungguhnya Allah itu witir dan menyukai
orang-orang yang sembahyang witir. (HR Abu Daud)
29. Dari Naufal bin
Mu’awiyah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa
terluput sembahyangnya adalah seumpama dia kehilangan ahli keluarganya,
hartanya dan segala kekayaannya. (HR Ibn Hibban)
30. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jikalau manusia mengetahui apa
ganjaran azan dan berada di saf yang pertama dan tidak ada jalan lain untuk
memperolehi azan dan di saf yang pertama kecuali dengan cara mengundi, nescaya
mereka berundi. (HR Bukhari)
31. Dari Abu Zar r.a
berkata; Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang ruku’ dengan
sekali ruku’ dan sujud dengan sekali sujud, maka akan diangkatkan darjatnya satu
darjat dan akan diampunkan satu dosanya. (HR Musnad Ahmad, Bazzar, Tabrani dan
Majma uz Zawaid)
32. Dari Abdullah bin
Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Selain dari mengingati
Allah SWT, janganlah banyak bercakap, kerana itu punca kerasnya (dan matinya)
hati, dan diantara manusia, manusia yang paling jauh dari Allah SWT ialah dia
yang keras hatinya. (HR Tirmizi)
33. Dari Abdullah bin
Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Jika seseorang
hamba bercakap bohong, maka kerana kebusukan bercakap bohong itu malaikat akan
menjauhinya satu batu. (HR Tirmizi)
34. Dari Abdullah ibn
Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bahawa setiap sesuatu
telah ditulis dengan Qadar (takdir) sehingga kebodohan dan kelemahan atau
kecerdikan dan kepandaian seseorang. (HR Muslim)
35. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa berpegang
dengan sunnah-sunnahku ketika dizaman rosaknya ummatku baginya adalah ganjaran
syahid (di jalan Allah). (HR Tabrani)
36. Dari Abdullah ibn
Umar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tidak sempurna
iman salah seorang daripada kamu sehingga keinginan hawa nafsu kamu tidak
mengikuti agama yang aku bawa. (HR Al-Baghawi)
37. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila Allah menciptakan makhlukNya
lantas ditulis di Lauh Mahfuz, Sesungguhnya rahmatKu lebih besar daripada
kemurkaanKu. Tulisan ini berada di atas Arash dihadapan mereka. (HR Muslim)
38. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Pada hari Kiamat bumi akan berada
didalam genggaman Allah SWT dan langit berada disebelah kananNya kemudian
berfirman; Akulah Raja, dimanakah raja bumi hari ini? (HR Bukhari)
39. Dari Jabir r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Diantara kamu orang yang
paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat ialah
orang yang baik akhlaknya. (HR Tirmizi)
40. Dari Umar Ibnu
Khattab r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang
mati dalam keadaan beriman kepada Allah SWT dan hari Akhirat, akan dikatakan
kepadanya masuklah ke dalam syurga daripada mana-mana lapan pintu syurga yang
kamu kehendaki. (HR Ahmad)
41. Dari Abu Zar
Al-Ghifari r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesuatu pun
yang lebih mendekatkan diri kepada Allah, kecuali dari perkataan yang asal yang
keluarnya daripada Allah, yakni Al-Quran. (HR Mustadrak Hakim)
42. Dari Abu Umamah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa pergi ke
masjid untuk memepelajari ilmu dan kebaikan atau mengajarkan orang lain akan
mendapat ganjaran haji yang sempurna. (HR Tabrani)
43. Dari Zainab binti
Jahsh r.ha berkata bahawa aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya
Rasulullah!, Adakah kami akan binasa, walaupun didalam lingkungan kami masih
ada orang-orang yang soleh? Baginda SAW telah bersabda: Ya!, jika kejahatan
berleluasa. (HR Bukhari)
44. Hazrat Anas r.anhu
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya antara alamat
hari Kiamat ialah, ilmu akan diangkat, kejahilan berleluasa dan minum arak
secara terbuka, tersebarnya perzinaan. (HR Bukhari)
45. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa pergi ke
masjid di waktu pagi dan petang Allah SWT akan menyiapkan hidangan sebagai
tetamuNya di dalam syurga. Setiap kali dia datang pagi atau petang dia akan
dilayaniNya sebagai tetamuNya. (HR Bukhari)
46. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tempat yang paling
dicintai Allah SWT diatas muka bumi ialah masjid dan tempat yang paling dibenci
ialah pasar-pasar. (HR Muslim)
47. Dari Aishah r.ha
meriwayatkan bahawa baginda Nabi SAW bersabda: Dua rakaat sembahyang yang
didirikan dengan bersugi gigi adalah lebih baik daripada tujuh puluh rakaat
sembahyang tanpa bersugi. (HR Bazzar, Majma uz Zawaid)
48. Dari Uthman ibn Affan
r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa berwudhuk dengan
sebaik-baik wudhuk, yakni dengan menjaga sunat-sunatnya dan adab-adabnya, maka
akan keluar dosa-dosanya daripada badannya sehingga akan keluar daripada
bawah-bawah kukunya. (HR Muslim)
49. Dari Abu Darda
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Orang yang memohon laknat tidak
akan diterima sebagai pemberi syafaat (bagi para pendosa) maupun sebagai saksi
(atas dakwah para nabi Allah) pada hari kiamat. (HR Muslim)
50. Dari Abu Zar r.a
meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang memanggil
seorang sebagai: Hai si Kafir! atau Hai musuh Allah!, tetapi orang itu tidak
sebagaimana yang dipanggil, maka ucapannya akan kembali kepada yang mengatakan
demikian. (HR Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan