1. Dari Bara’ ibnu ‘Azib
r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Riba yang paling buruk
adalah mencemarkan seorang saudara (muslim) (supaya merosakkan kehormatannya
dengan cara mengumpat, memandang rendah). (HR Tabrani dan Jami-us Saghir)
2. Dari Abdullah bin
Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Orang yang mencaci
maki orang Islam adalah hampir kepada kehancuran dan membinasakan (dirinya). (HR
Tabrani dan Jami-us Saghir)
3. Hazrat Anas r.anhu
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa memelihara dua nak
perempuan dengan baik, dia dan aku akan bersama di dalam syurga seperti dua
anak jari ini. Sambil berkata demikian baginda mengisyaratkan (dengan
merapatkan) dua anak jarinya. (HR Tirmizi)
4. Dari Aghar r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Wahai manusia bertaubatlah
kamu kepada Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah setiap hari sebanyak
seratus kali. (HR Muslim)
5. Dari Abdullah bin Amr
r.a berkata: Aku bertanya; Wahai Rasulullah! Apakah ganjaran majlis zikrullah.
Baginda SAW menjawab: Ganjaran bagi majlis zikrullah adalah syurga, adalah
syurga. (HR Musnad Ahmad, Tabrani, Majma Uz Zawaid)
6. Hazrat Zubair r.anhu
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang ingin melihat
buku catitan amalannya dengan gembira (pada hari Kiamat), maka hendaklah dia
perbanyakkanlah istighfar. (HR Tabrani)
7. Dari Aishah r.ha
berkata: Aku mendengar bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya
seorang mukmin yang berakhlak mulia memperolehi darjat seorang yang berpuasa
dan beribadat sepanjang malam. (HR Abu Daud)
8. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa mahu supaya doanya
dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak
berdoa ketika dalam kesenangan. (HR Tirmizi)
9. Dari Abu Zar r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Lihatlah!
Sesungguhnya kamu bukanlah dari orang yang terbaik disebabkan kamu berkulit
putih tetapi kamu akan menjadi terbaik disebabkan takwa kepada Allah SWT. (HR
Musnad Ahmad)
10. Dari Ubadah bin Samit
r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bukan daripada ummatku
barangsiapa tidak menghormati orang yang lebih tua, tidak menunjukkan kasih
sayang kepada orang yang lebih muda dan tidak memuliakan alim ulama. (HR Musnad
Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
11. Dari Muhammad bin Amr
bin Hazm r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Seorang mukmin yang
menggembirakan dan menasihati supaya sabar kepada saudaranya yang mukmin yang
dalam kesusahan, Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada
hari penghisaban. (HR Ibnu Majah)
12. Dari Rafi Ibn Khudaij
r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah SWT
mengasihi seseorang manusia, Dia melindunginya daripada tipuan dunia
sebagaimana melindungi pesakit-pesakit kamu daripada terkena air. (HR Tabrani)
13. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda: Barangsiapa membaca
seratus kali pagi dan seratus kali petang: Subhanallahi Wa Bihamdihi, akan
diampunkan dosa-dosanya walaupun sebagaimana buih-buih dilautan. (Hadith Sahih
oleh Hakim)
14. Dari Abu Darda r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang mengucapkan
selawat kepadaku sepuluh kali diwaktu pagi, sepuluh kali diwaktu petang, maka
dia akan mendapat syafaatku pada hari Kiamat. (HR Tabarani dan Majma uz Zawaid)
15. Dari Abdullah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Mintalah kepada Allah akan
kurniaan-kurniaanNya. Sesungguhnya Allah amat suka apabila diminta. Dan
sebaik-baik ibadah ialah memohon kelapangan. (HR Tirmizi)
16. Dari Abdullah bin
Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Orang yang
paling hampir kepadaku pada hari Kiamat kelak ialah orang yang paling banyak
berselawat kepadaku. (HR Tirmizi)
17. Dalam satu riwayat
dinyatakan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa berselawat
keatasku sekali Allah akan berselawat keatasnya sepuluh kali dan akan
dituliskan baginya sepuluh kebaikan. (HR Tirmizi)
18. Dari Abu Bakar
As-Siddiq r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa
selalu beristighfar kepada Allah, dia tidak akan digolongkan dikalangan orang
yang melakukan dosa walaupun dalam sehari dia melakukan tujuh puluh dosa. (HR
Abu Daud)
19. Dari Anas bin Malik
r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa berzikir
kepada Allah dan kerana ketakutannya kepada Allah mengalir air matanya hingga
jatuh ke bumi, Allah SWT tidak akan mengazabnya pada hari Kiamat. (HR Hakim)
20. Dari Ibnu ‘Abbas r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang-orang yang
tiada sesuatu daripada (penghafalan) Al-Quran di dalam dadanya adalah seperti rumah
yang ditinggalkan kosong. (HR Tirmizi)
21. Dari Anas bin Malik
r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: apabila kamu melintasi
taman-taman syurga maka nikmatilah keindahannya. Para sahabat bertanya apakah
taman-taman syurga itu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Majlis-majlis
zikrullah. (HR Tirmizi)
22. Dari Abu Said
Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Ramai
diantara orang yang berada ditempat tidur yang empuk sibuk berzikir kepada
Allah dengan berkat zikirnya dimasukkan ke dalam syurga yang tinggi darjatnya.
(HR Abu Ya’la, Majma uz Zawaid)
23. Dari Muaz bin Jabal
r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Penghuni syurga (selepas
memasuki syurga) tidak akan menyesal kecuali pada satu masa yang mereka lalui
dahulu tidak berzikir kepada Allah. (HR Tabrani)
24. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT
berfirman: Aku akan sentiasa bersama hambaku selagimana dia mengingatiKu dan
bibirnya sentiasa bergerak mengingatiKu. (HR Ibnu Majah)
25. Dari Anas bin Malik
r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah amat
meredhai seorang hambaNya yang makan sesuap makanan dan bersyukur kepada Allah
atau seorang yang meminum seteguk air lalu bersyukur kepadaNya. (HR Muslim)
26. Dari Ibnu ‘Abbas r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang
beristiqamah dalam beristighfar, Allah akan memberi jalan keluar dari setiap
kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada
sumber yang tidak disangka-sangka. (HR Abu Daud)
27. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW: Berdoalah kamu kepada Allah dengan
penuh yakin bahawa doa kamu diterima. Ketahuilah! Bahawasanya Allah tidak akan
menerima doa seseorang yang hatinya lalai (ketika berdoa). Mengingati yang lain
selain daripada Allah. (HR Tirmizi)
28. Dari Abi Umamah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang
paling hampir di sisi Allah ialah mereka yang terlebih dahulu memberi salam
(diantara mereka). (HR Abu Daud)
29. Dari Abu Hurairah r.a
dari Nabi s.a.w, sabdanya: Setepat-tepatnya kalimat yang diucapkan oleh
seseorang syair ialah ucapan Labid yang ertinya: Ingatlah, semua benda yang
selain Allah adalah batil atau rosak dan tidak kekal. (Muttafaq ‘alaih)
30. Dari Ubadah bin Samit
r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang
beristighfar untuk orang-orang Islam, lelaki dan perempuan, maka Allah SWT akan
menuliskan ganjaran baginya, bagi setiap lelaki dan perempuan mukmin itu dengan
satu kebaikan. (HR Tabrani)
31. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sebatang pokok sering
memberi kesusahan kepada (lalu lintas) orang-orang Islam, lalu datang seorang
lelaki menebangnya. Allah memasukkannya ke dalam syurga. (HR Muslim)
32. Dari Amir Ibn Shuib
r.a dari bapanya dari datuknya meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW
bersabda: Bermulanya islah(pembentukan) bagi ummat ini ialah Iman dan Yakin
yang sempurna. Dan bermulanya kerosakan bagi ummat ini ialah disebabkan bakhil
dan panjang angan-angan. (HR Baihaqi)
33. Dari Abdullah Ibn
Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa
yang diberi kebaikan oleh Allah SWT ke atas seorang hambaNya maka akan diberi
faham dalam agama dan mengilhamkan didalam hatinya perkara-perkara yang benar.
(HR Bazzar, Tabrani)
34. Dari Ibnu ‘Abbas
r.huma meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Orang yang pertama
sekali akan dipanggil untuk memasuki syurga ialah orang yang sentiasa berzikir
memuji-muji Allah dalam keadaan senang atau susah. (HR Hakim)
35. Rasulullah SAW
bersabda: Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dengan orang yang tidak
berzikir kepada Allah adalah sepertimana orang yang hidup dengan orang yang
mati. (HR Bukhari dan Muslim)
36. Dari Abdullah bin
Busrin r.a meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki berkata kepada baginda
Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, Sesungguhnya syariat Islam telah banyak (yang
semestinya kami amalkan tetapi) berikanlah kepadaku satu amal supaya tetap
menjadi amalanku. Baginda SAW bersabda: Janganlah putus-putus lidah kamu basah
dari mengingati Allah SWT. (HR Tirmizi)
37. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta’ala
tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat
hati kamu dan amalan-amalan kamu. (HR Muslim)
38. Dari ‘Atta bin
Abdullah Khurasani r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Berjabat
tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian dan berilah
hadiah diantara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan
menjauhi permusuhan. (HR Muwatta’ Imam Malik)
39. Dari Abdullah bin Amr
r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Seorang muslim adalah seorang yang
tidak menyakiti muslim yang lain dengan lidah atau dengan tangannya dan seorang
muhajir adalah seorang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah. (HR
Bukhari)
40. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Ruh seorang mukmin akan tergantung
(tidak sampai ke tempat yang penuh dengan kerehatan yang dijanjikan untuk
orang-orang yang beriman) selagi hutang-hutangnya tidak dibayar. (HR Tirmizi)
41. Dari Anas bin Malik
r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa mahu supaya rezekinya
ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di
antara saudara-saudaranya . (HR Bukhari)
42. Dari Muaz bin Jabal
r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa memalukan
saudaranya yang muslim dengan sesuatu dosa yang dia telah bertaubat dengannya,
Allah tidak akan mematikannya sehinggalah dia sendiri terjerumus ke dalam dosa
tersebut. (HR Tirmizi)
43. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Alamat munafik itu ada tiga:
Apabila bercakap dia bohong. Apabila berjanji dia tidak menepatinya dan apabila
diberinya amanah dia khianat. (HR Muslim)
44. Hazrat Suhail r.anhu
berkata bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Berdirinya salah seorang
dari kalian sesaat dijalan Allah SWT adalah lebih baik daripada segala amalan
kebaikan yang dilakukan sepanjang hayat di keluarganya (rumahnya). (HR Tirmizi)
45. Dari Abu Umamah r.a
berkata bahawa seorang telah bertanya: Ya Rasulullah! Izinkan aku untuk
berkelana. Maka Rasulullah SAW telah bersabda: Kelana umatku ialah berjihad di
jalan Allah SWT. (HR Abu Daud)
46. Dari Anas bin Malik
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Bagi setiap nabi ada cara
rohbaniahnya (meninggalkan dunia dan keseronokannya). Rohbaniah umatku ialah
berjihad di jalan Allah SWT. (HR Ahmad)
47. Dari Abdullah ibnu
Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW dan keluarga baginda bermalam dalam
keadaan perut yang kosong (kerana ketiadaan makanan) selama beberapa malam
berturut-turut. Mereka tidak mempunyai makanan malam. Makanan mereka secara
umumnya adalah roti barli. (HR Tirmizi)
48. Dari Abdullah bin
Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW memegang bahuku (untuk menarik
perhatianku kepada perkara yang penting ini) lalu bersabda: Hiduplah kamu di
dunia ini seperti musafir atau sebagai orang yang sedang melintasi jalan. (HR
Bukhari)
49. Dari Abdullah bin
Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang sakit
kepala dijalan Allah SWT dan berniat untuk mendapatkan pahala, maka segala
dosanya yang terdahulu akan diampunkan. (HR Tabrani)
50. Dari Thauban r.a
meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Berbahagialah
orang-orang yang ikhlas. Mereka adalah pelita di dalam gelap dan kerana mereka
terpadam fitnah-fitnah yang besar. (HR Baihaqi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan