1. Dari Abu Firas
rahmatullah ‘alaih (seorang dari Kabilah Aslam) telah berkata: seorang telah
berseru dan bertanya: ya Rasulullah! Apa itu iman? Nabi SAW bersabda: Iman itu
ialah ikhlas. (HR Baihaqi)
2. Dari Abu Darda r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Besarkanlah Allah SWT
dalam hati kamu nescaya kamu akan diampuniNya. (HR Ahmad)
3. Dari Ibnu ‘Abbas
r.huma, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Ada dua macam kenikmatan yang
keduanya itu disia-siakan oleh sebagian besar manusia iaitu kesihatan dan
kelapangan waktu. (Riwayat Bukhari)
4. Dari Abu Umamah r.a
menukilkan sabdaan Rasulullah SAW; Bersedekah secara sembunyi memadamkan
kemurkaan Allah SWT. (HR Tabrani, Majma uz Zawaid)
5. Dari Irbadh bin
Sariah r.a berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku
ialah hamba Allah dan Nabi yang terakhir. (HR Mustadrak Hakim)
6. Dari Sa’ad r.a
menceritakan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda: Allah SWT
menyukai hamba-hamba yang bertakwa, yang tidak berharap kepada makhluk dan tidak
terkenal. (HR Muslim)
7. Dari Abdullah bin
Umar r.huma meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang menunaikan
hajat saudaranya, Allah akan menunaikan segala hajatnya. (HR Abu Daud)
8. Dari Ibnu Umar r.huma
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jangan menyakiti orang-orang
Islam, jangan mencela mereka dan jangan mencari keburukan mereka. (HR Ibnu
Hibban)
9. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman
kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia mengatakan kebaikan atau
diam. (HR Bukhari)
10. Dari Abu Darda r.a
meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: Allah telah menetapkan lima perkara bagi
setiap hambaNya; Ajalnya dan rezekinya, umurnya, untung nasib buruk dan nasib
baiknya. (HR Ahmad)
11. Dari Jabir bin
Abdullah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik zikir
ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah. (HR Tirmizi)
12. Dari Uthman ibn Affan
r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: yang terbaik diantara
kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. (HR Tirmizi)
13. Dari Abu Bakar Siddiq
r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan masuk syurga
seorang penipu, bakhil dan orang yang mengungkit-ungkit pemberian. (HR Tirmizi)
14. Dari Jabir r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa luput
daripadanya sifat lemah lembut dia adalah luput dari (segala) kebaikan. (HR
Muslim)
15. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Ditutupilah neraka dengan berbagai
kesyahwatan - keinginan - dan ditutupilah syurga itu dengan berbagai hal yang
tidak disenangi. (Muttafaq ‘alaih)
16. Dari Abdullah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Orang yang terlebih dahulu
memberi salam akan terhindar dari sifat Takabbur. (HR Baihaqi)
17. Dari Anas r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah sempurna iman kamu
sehingga kamu mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu
sendiri. (HR Bukhari)
18. Dari Harithah bin
Nukman r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Memberi sesuatu dengan
tangannya kepada orang miskin, menghindarkan daripada kematian yang buruk. (HR
Tabrani, Baihaqi)
19. Dari Jabir bin
Abdullah r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Memberi makan
kepada orang Islam yang lapar adalah diantara amal yang wajib mendapat
pengampunan. (HR Baihaqi)
20. Dari Aishah r.ha
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang
sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bertengkar. (HR Muslim)
21. Dari Umar ibn Al
Khattab r.a meriwayatkan; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya
Allah SWT sangat menyukai sembahyang secara berjemaah. (HR Musnad Ahmad)
22. Dari Abdullah r.a
berkata bahawa aku melihat Rasulullah SAW mengerjakan sembahyang, dan terdengar
dari dadanya suara seperti putaran batu gilingan kerana tangisannya. (HR Abu
Daud)
23. Dari Ummi Farwah r.ha
berkata; Rasulullah SAW telah ditanya oleh seseorang, apakah amalan yang
terafdhal? Baginda menjawab: Sembahyang di awal waktu. (HR Abu Daud)
24. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Dunia ialah penjara bagi
orang-orang mukmin dan syurga bagi orang-orang kafir. (HR Muslim)
25. Dari Ibnu Abbas r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa meninggalkan
sembahyang dia akan bertemu Allah dalam keadaan Allah sangat murka kepadanya.
(HR Bazzar, Tabrani)
26. Dari Ali r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Doa adalah senjata bagi
orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi. (HR Hakim)
27. Dari Ibnu Abbas
r.huma meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Seorang alim lebih
ditakuti oleh syaitan daripada seribu orang abid. (HR Tirmizi)
28. Dari Abu Umamah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Pergi ke masjid di waktu
pagi dan petang adalah sebagai Jihad di Jalan Allah. (HR Tabrani)
29. Dari Ibn Umar r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa berwudhuk walaupun dia
masih suci (memperbaharui wudhuk), dia akan mendapat sepuluh kebaikan. (HR Abu
Daud)
30. Dari Abu Said
Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa
mencintai masjid dia akan dicintai oleh Allah. (HR Tabrani)
31. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesuatu yang lebih
mulia disisi Allah selain daripada doa. (HR Tirmizi)
32. Dari Abdullah bin
Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang memiliki
sebahagian yang kecil sombong dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga.
(HR Muslim)
33. Dari Anas bin Malik
r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Selama mana seseorang
hamba itu tidak menjaga lidahnya, dia tidak dapat mencapai hakikat iman. (HR
Tabrani)
34. Dari Anas r.a berkata
bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sepagi atau sepetang di jalan Allah SWT
adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. (Mirqat)
35. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak akan memasuki syurga
bagi orang yang tidak memelihara jirannya dari kejahatannya. (HR Muslim)
36. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa tidak bersyukur
kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah. (HR Tirmizi)
37. Dari Uthman bin
‘Affan r.a berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
Sehari di jalan Allah SWT lebih baik dari seribu hari yang lain. (HR Nasa’i)
38. Dari Anas r.a berkata
bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sepagi atau sepetang di jalan Allah SWT
adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. (Mirqat)
39. Daripada Ibnu Mas’ud
r.a berkata: Demi Allah, di muka bumi ini tiada sesuatu yang memerlukan sujud
lebih lama melainkan lidah. (at-Targhib, al-Mundziri)
40. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling banyak
mendapat manfaat daripada syafaatku pada hari kiamat nanti ialah seorang yang
mengucapkan kalimah La ilaha illallah dengan ikhlas di dalam hatinya. (HR
Bukhari)
41. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Seorang hamba tanpa berfikir
panjang mengatakan satu perkara yang kerananya dia akan terhumban ke neraka
Jahanam lebih jauh dari jarak bumi dan langit. (HR Muslim)
42. Dari Hasan r.a
berkata telah sampai kepada kami satu hadith bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda: Moga-moga Allah merahmati seorang hamba yang baik lalu memperoleh
keuntungan di dunia dan di akhirat, atau berdiam diri dan terselamat dari salah
silap lidah. (HR Baihaqi)
43. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Keelokkan dan kesempurnaan
seseorang ialah bahawa dia yang meninggalkan perbuatan dan perkataan yang
sia-sia. (HR Tirmizi)
44. Dari Abdullah bin
Amir Ibn As r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Iman
akan menjadi lusuh dan buruk didalam hati kamu sebagaimana pakaian akan menjadi
buruk apabila dipakai. Oleh itu mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman
dalam hati-hati kamu. (HR Hakim)
45. Dari Hind bin Abi
Halab r.a ketika menceritakan peribadi Nabi SAW berkata bahawa Rasulullah SAW;
(kerana umatnya) berterusan bersedih dan sentiasa berfikir, tidak langsung
berasa tenang bila-bila masa pun. Baginda selalu diam dan tidak akan berbicara
jika tidak perlu. (HR Tirmizi)
46. Dari ‘Amr bin Abasah
r.a meriwayatkan bahawa dia bertanya iman apakah yang lebih afdhal? Baginda SAW
menjawab: Iman yang mana disertai dengan hijrah. Beliau bertanya: Apakah hijrah
itu? Baginda SAW menjawab: Hijrah daripada meninggalkan kejahatan. (HR Musnad
Ahmad)
47. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang hendak merasai
kenikmatan iman, maka hendaklah dia mencintai orang Islam yang lain,
semata-mata kerana Allah. (HR Musnad Ahmad, Bazzar dan Majma uz Zawaid)
48. Dari Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: Berdiri
sejenak di jalan Allah SWT adalah lebih baik dari beribadat pada malam lailatul
Qadar di hadapan Hajar Aswad. (HR Ibn Hibban)
49. Dari Abu Darda r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada siang dan malam kecuali
Allah mengurniakan kepada hambaNya KeEhsananNya dan sedeqah. Dan tiada
keehsanan yang lebih baik daripada berzikir kepadaNya. (HR Tabrani)
50. Dari Abdullah bin
Umar r.a berkata; telah bersabda Rasulullah SAW: Sembahlah Ar-Rahman, berilah
makan dan sebarkanlah salam dan (melalui amalan-amalan ini) kamu akan memasuki
syurga dengan kesejahteraan. (HR Tirmizi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan