Rabu, 13 Februari 2013

Mubasyirin Bil-Jannah - Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq R.A


Mubasyirin Bil-Jannah" (Sepuluh Sahabat Yang Dijamin Masuk Syurga)
SAIYIDINA ABU BAKAR AL SIDDIQ R.A.

Nama Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah tidak asing lagi bagi sekelian ummat Islam, baik dahulu mahupun sekarang. Dialah manusia yang dianggap paling teragung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah S.A.W. Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tuturbahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya balk dahulu mahupun sekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah S.A.W.

Nama sebenar Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau adalah seorang saudagar yang tersangat kaya serta datangnya dan keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam lagi, Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah minum arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar Quraisy yang lain.  Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan)

Dan segi umur, Saiyidina Abu Bakar R.A. adalah dua tahun lebih muda dan Rasulullah S.A.W. dan telah menjalin persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul lama sebelum Rasulullah S.A.W. menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang dianggap paling banyak sekali berkorban harta benda untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad S.A.W. Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah S.A.W. pernah mengatakan bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pengorbanan Saiyidina Abu Bakar R.A. Adapun gelaran Al-Siddiq yang diberikan kepadanya itu adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja kata-kata mahupun perbuatan Nabi Muhammad S.A.W. Dalam hal ini elok kita petik suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud yang dicenitakan sendiri kepadanya oleh Saiyidina Abu Bakar, tentang bagaimana Saiyidina Abu Bakar R.A. memeluk agama Islam.

Kata Saiyidina Abu Bakar R.A. ketika menceritakan suatu kisah mengenai dirinya kepada Ibnu Mas'ud, "Aku pernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak munid. Dia berkata kepadaku:

"Aku kira tuan datang dari Tanah Haram”.
"Benar, jawabku.
"Aku kira tuan berbangsa Quraisy?
"Benar, ujarku lagi.
"Dan apa yang aku lihat, tuan dan keluarga Bani Taiyim?
"Benarlah begitu, tambahku selanjutnya.

Orang tua itu terus menyambung, katanya, "Ada satu lagi hal yang hendak aku tanyakan dari tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak keberatan jika aku lihat perutmu?

Maka pada ketika itu aku pun berkata, "Aku keberatan hendak memperlihatkan selagi tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya.

Maka ujar orang tua itu, "Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua onang sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separoh umur. Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindungnya dalam sebarang kesusahan. Sementara yang separoh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan perlihatkan kepadaku.

Maka sesudah dia berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu orang tua itu pun melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata, "Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!
Kemudian orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk beberapa waktu kenana mengurusi perniagaanku dan sebelum meninggalkan negeri itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya, "Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku?

"Boleh sahaja, jawabku.

Setelah itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, "Adakah engkau tahu yang sudah terjadi? Maka ujarku pula, "Apakah yang terjadi itu?

Jawab mereka, "Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingat engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.

Kemudian aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, "Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tüan dan aku mendapat tahu tuan terang-terang telah menyeleweng dan kepercayaan nenek moyang kita.

Maka ujar baginda, "Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekelian ummat!
Aku pun bertanya kepada baginda, "Apa buktinya?

Jawabnya, "Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.
Aku menambah lagi, "Orang tua yang mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?

Baginda menyambung, "Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada engkau!

Aku terkejut mendengarkannya lalu bertanya, "Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?

Maka ujar baginda, "Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.

Akhirnya aku benkata, "Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya Pesuruh Allah.

Demikianlah kisah indah yang meniwayatkan bagaimana Islamnya Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq. Dan memanglah menurut riwayat beliau merupakan lelaki yang pertama yang beriman kepada Rasulullah S.A.W.

Keislaman Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq R.A. telah membawa penganuh besar di kalangan kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya itulah maka beberapa orang pemuda   bangsawan Quraisy seperti Saiyidina Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, dan Saad Bin Waqqas menuruti jejak langkahnya. Semenjak beliau memeluk Islam, Saiyidina Abu Bakan R.A. telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai memperlihatkan kecintaan baginda terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A., dapat kita ketahui dan satu dialog yang terjadi antara baginda Rasul dengan Amru Bin Al As. Amru seorang sahabat Rasulullah S.A.W. pernah suatu han menanyakan Rasul, "Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayangi? Baginda menjawab, "Siti Aisyah, dan kalau laki-laki adalah bapanya.

Selain danipada itu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah seonang sahabat yang terkenal kerana keteguhan imannya, cendas akal, tinggi akhlak, lemah lembut dan penyantun. Rasulullah S.A.W. pernah menyanjungi sahabatnya itu dengan sabdanya, "Jika ditimbang iman Abu Bakan Al-Siddiq dengan iman sekelian ummat maka berat lagi iman Abu Bakan. Demikian teguhnya iman Saiyidina Abu Bakan R.A. demi apakala kita memperhatikan pengertian yang terkandung pada sabda Rasulullah S.A.W. mengenai dirinya itu. Gelaran AlSiddiq yang dibenikan orang terhadap diri Saiyidina Abu Bakan R.A. adalah lantaran memandang sikap serta pendiriannya yang teguh dalam membenarkan serta membela din Rasulullah S.A.W. Andainya sekelian ummat manusia akan mendustakan Muhammad S.A.W. Abu Bakar R.A. akan pasti pula tampil dengan penuh keyakinan untuk membelanya.

Tidak beberapa lama setelah memeluk agama Islam, Saiyidma Abu Bakar yang terkenal sebagai saudagar yang kaya itu telah meninggalkan perdagangannya dan meninggalkan semua usaha peribadi lain-lainnya lalu menyerahkan segenap kekayaan dan jiwa raganya untuk melakukan penjuangan menegakkan Islam bersama Nabi Muhammad S.A.W. sehingga oleh kerana kegiatannya maka Agama Islam mendapat kemegahan dengan Islamnya beberapa pemuda Quraisy yang lain seperti yang telah disebutkan itu. Beliau telah mengorbankan seluruh hanta bendanya untuk menebus orang-orang yang ditawan, orang-orang yang ditangkap atau disiksa. Selain danpada itu beliau juga telah membeli hamba-hamba yang kemudian dimerdekakannya. Salah seorang hamba yang dibelinya lalu kemudian dibebaskan yang paling terkenal dalam sejarah ialah Bilal Bin Rabah.

Tatkala Nabi Muhammad selesai melakukan Isra' dan Mikraj segolongan orang yang kurang mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah S.A.W. telah pergi menemui Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk mendengarkan apa pendapatnya tentang dakwaan Muhammad S.A.W.  itu. Tujuan kedatangan mereka mendapatkan Abu Bakar R.A. tidak lain dengan prasangka tentunya Abu Bakar R.A. kali ini akan mendustakan kisah yang tidak masuk akal pada fikiran mereka itu. Setelah pertanyaan itu disampaikan kepada Abu Bakar R.A. lalu beliau pun berkata, "Adakah Muhammad berkata begitu? Sahut mereka, "Benar! Maka ujar Saiyidina Abu Bakar R.A. "Jika Muhammad berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang diceritakan itu. Lalu mereka pun terus menyambung, "Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa Muhammad sampai ke tanah Syam lebih sebulan perjalanan pulang, di malam semalam tadi? Maka sahut Abu Bakan sungguh-sungguh, "Benar! Aku percaya! Malah lebih dan itu aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dan langit diberitakannya baik pada waktu slang mahupun di waktu malam! Demikian hebatnya sambutan sahabat yang paling utama itu. Kerana tegas dan teguhnya iman beliau terhadap agama yang dibawa oleh Muhammad dan terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda maka beliau telah diberi oleh Rasulullah S.A.W. dengan gelaran Al-Siddiq, entinya yang benar.

Dan memanglah tidak menghairankan sekali sikap Abu Bakar itu. Beliau telah kenal akan Muhammad S.A.W. bukan sehari dua, melainkan sudah boleh dikatakan seumur manusia. Beliau tahu bahawa sahabatnya itu benkata benar, tak pernah bohong; orang amin. Mustahil baginda akan khianat kepada pengikutnya yang pencaya kepadanya. Beliau mengimani sahabatnya itu Pesunuh Allah Yang Maha Kuasa, menenima wahyu danipada Tuhannya. Beliau sudah bertahun-tahun mengikutkan petunjuk yang diwahyukan oleh Allah kepada sahabatnya itu maka telah teguhlah iman dalam hatinya.

Tatkala keadaan kekejaman orang-orang musynikin Quraisy tenhadap kaum Muslimin yang sedikit jumlahnya di Mekah semakin hebat dan membahayakan, Nabi Muhammad S.A.W. telah mengadakan permusyuaratan di numah Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk mencani jalan keluar danipada kesulitan yang sedang dihadapi oleh pihak kaum Muslimin. Ketika itulah Rasulullah S.A.W. menjelaskan kepada Saiyidina Abu Bakan R.A. bahawa Allah S.W.T. telah memerintahkan baginda supaya melakukan hijrah ke Madinah serta meminta Saiyidina Abu Bakar R.A. supaya menemaninya dalam peristiwa hijrah tersebut. Dengan perasaan gembira tanpa sedikit kebimbanganpun Saiyidina Abu Bakar R.A. menyambut penmintaan Rasulullah S.A.W.

Dari pintu belakang rumah Saiyidina Abu Bakar R.A. Rasulullah S.A.W. bersama-sama Saiyidina Abu Bakar menuju ke Gunung Tsaur dan bersembunyi di gua yang dibeni nama Gua Tsaur. Pada saat suasana amat kritis, Saiyidina Abu Bakar R.A. diserang rasa kegelisahan dan cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh dapat mengetahui di mana Rasulullah sedang bensembunyi, maka pada saat itu turun ayat suci Al Quran dari Surah Taubah yang isinya memuji Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq, sebagai orang kedua sesudah Nabi s,a.w. dalam Gua Tsaur. Dalam pada itu Rasulullah S.A.W. pun mengerti akan situasi dan kegelisahan sahabatnya itu yang oleh kerananya Rasul benkata, "Apakah yang menggelisahkanmu, bukankah Allah menemani kita?

Kemudian Rasulullah S.A.W., diriwayatkan berkata selanjutnya untuk menghilangkan kebimbangan Saiyidina Abu Bakan, "Kiranya mereka masuk juga ke dalam gua ini kita masih dapat melepaskan diri dari pintu belakang itu, ujar Rasul sambil menunjukkan ke belakang mereka. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun menoleh ke belakang. Betapa terkejutnya beliau bila dilihatnya pintu belakang yang ditunjuk oleh Rasul itu, padahal pintu tersebut tadinya tidak ada sama sekali. Sebenarnya kebimbangan Abu Bakar R.A. tatkala di dalam gua itu bukanlah kerana takutkan nyawanya akan diragut oleh pihak musuh tetapi yang lebih dibimbangkannya ialah keselamatan jiwa baginda Rasul. Beliau pennah berkata, "Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah seorang manusia biasa. Tapi andaikata tuan sendiri dapat dibunuhnya maka yang akan hancur ialah satu cita-cita yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tegak pula ialah kezaliman.

Ucapan antana dua orang sahabat tatkala dalam gua itu ada tersebut dalam Al Quran dalam Surah Al Baqarah ayat 40: "Kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) ketika dia diusir oleh orang-orang kafir (dan kampung halamannya), dalam keadaan berdua orang sahaja di dalam suatu gua, Di kala itu dia (Muhammad) berkata kepada sahabat karibnya (Abu Bakar): Jangan engkau berdukacita; sesungguhnya Tuhan bensama kita. Tuhan menurunkan ketenanganNya kepadanya, dan dikuatkannya dengan tentera yang tidak kamu lihat. Dan Tuhan menjadikan perkataan orang yang kafir itu paling rendah dan perkataan Tuhan itu yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha Kuasa dan Bijaksana.

Demikian satu lagi keistimewaan Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq sebagai seorang sahabat yang sama-sama mengalami kesukaran dan kepahitan bersama-sama Rasulullah dalam menyampaikan seruan Islam. Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak bercerai jauh dengan baginda Rasul sepanjang hidupnya dan menyertai semua peperangan yang dihadapi oleh baginda. Beliau bukan sahaja berjuang menegakkan Agama Islam dengan segenap jiwa raganya bahkan juga dengan harta kekayaannya. Sungguh beliaulah yang paling banyak sekali berkorban harta untuk menegakkan Agama Islam. Bahkan seluruh kekayaannya telah habis dipergunakannya untuk kepentingan penjuangan menegakkan kalimah Allah. Di kalangan para sahabat beliaulah tergolong onang yang paling murah hati dan dermawan sekali.

Dalam Perang Tabuk misalnya, Rasulullah S.A.W. telah meminta kepada sekelian kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya pada jalan Allah. Tiba-tiba datanglah Saiyidina Abu Bakan R.A. membawa seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan jihad itu maka Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata kepadanya:

"Hal sahabatku yang budiman, kalau sudah semua hanta bendamu kau korbankan apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?

Pertanyaan Rasulullah S.A.W. itu dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya.

Demikianlah kehebatan jiwa Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq, suatu contoh kemurahan hati yang memang tidak dijumpai bandingannya di dunia. Memandangkan besarnya pengorbanan beliau terhadap Islam maka wajarlah kalau Rasulullah bersabda bahawa tegaknya Agama Islam itu adalah lantaran hanta benda Siti Khadijah dan juga Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq. Tepatlah juga tatkala baginda bersabda bahawa kiranya iman seluruh ummat ditimbang bersama iman Saiyidina Abu Bakan R.A. maka berat lagi iman Saiyidina Abu Bakan R.A. Beliau memang manusia luar biasa kebesarannya yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. untuk menjadi teman akrab Rasulullah s.a.w

Pada suatu ketika di saat Rasulullah membaca khutbah yang antara lain menyatakan bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah tersebut tidak akan memilih dunia, melainkan memilih apa yang tersedia di sisi Tuhan... Maka ketika meñdengar khutbah Nabi demikian itu Saiyidina Abu Bakar R.A. lalu menangis tersedu-sedu, kenana sedih dan terharu sebab beliau mendengar dan mengerti bahawa yang dimaksud dalam isi khutbah tersebut ialah bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini sudah hampir berakhir. Demikian kelebihan Saiyidina Abu Bakar R.A. di- banding dengan para sahabat yang lain kerana beliaulah yang mengetahui bahawa umur Rasul hampir dekat.

Keunggulan beliau dapat dilihat dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. di kala mana ummat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya kepada kewafatannya. Bahkan sahabat besar Saiyidina Umar Al Khattab sendiri telah diselubungi kekacauan fikinan dan tampil ke muka umum sambil mencabar dan mengugut sesiapa sahaja yang berani mengatakan baginda telah wafat. Ujan Umar n.a., "Rasulullah tidak wafat, dia hanya pergi menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian pulang semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya.

Ketika kegawatan itu berlaku Saiyidina Abu Bakar sedang berada di suatu kampung Al-Sunnah. Tatkala berita kewafatan Rasulullah itu sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju ke Madinah. Di sana beliau dapati ramai orang sedang benkumpul mendengarkan pidato Saiyidina Umar Al Khattab tadi. Tanpa lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar terus ke rumah puterinya Siti Aisyah dan di sanalah beliau dapati mayat Rasulullah S.A.W. terbujur di satu sudut rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah dan mengucupkannya, sambil benkata, "Wahai, betapa cantiknya engkau ketika hidup dan betapa cantiknya engkau ketika mati! Kemudian beliau pun keluar mendapatkan orang ramai yang sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nada yang keras:

"Wahai kaum Muslimin! Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati. Seraya menyambung membacakan sepotong ayat dan Al Qun'an:

"Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.

Sejurus sahaja mendengar ayat itu, Saiyidina Umar Al Khattab pun terus rebah hingga barulah beliau dan orang ramai Islam yang telah mendengar pidatonya tadi mendapat kepastian bahawa Rasulullah sudah wafat. Kaum Muslimin tentunya telah pernah dengar ayat ini sebelumnya, kerana ayat itu telah turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah S.A.W. telah diberitakan mati terkorban dan menyebabkan banyak pejuang-pejuang Islam berundur ke Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang difahami oleh Saiyidina Abu Bakar R.A. Ini jelas membuktikan kecerdasan Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dalam memahami Islam.

Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, baginda memang tidak meninggalkan pesan tentang siapa yang patut menggantikan baginda sebagai Khalifah ummat Islam. Tetapi setelah lama berbincang kaum Muslimin dengan suara ramai memilih Saiyidma Abu Bakan Al-Siddiq sebagai Khalifah setelah namanya itu dicalunkan oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab R.A. Pemilihan ini tentulah tepat sekali kenana pada pandangan kaum Muslimin memang beliaulah yang paling layak sekali memegang kedudukan itu memandangkan kelebihan-kelebihannya dari para sahabat yang lain. Apatah lagi beliaulah yang pernah ditunjuk oleh baginda Rasul semasa hayatnya untuk menggantikan baginda sebagai imam sembahyang tatkala baginda sedang uzur.

Setelah dipilih oleh sebahagian besar ummat ketika itu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq pun memberikan ucapannya yang tenkenal yang antana lainnya baginda berkata:

"Wahai sekelian ummat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemenintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak harus lagi patuh kepadaku.

Aku dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sungguh aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah adalah seorang hamba Allah yang dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada kelebihannya dari seorangpun juga di antara kamu.

Ini adalah satu pembaharuan dalam pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh rakyat jelata kerajaan Rome dan Parsi yang memerintah dunia barat dan timur ketika itu. Baginda telah mematuhi manifesto politiknya. Baginda hidup seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka didewa-dewakan. Adalah diriwayatkan bahawa pada satu masa ada orang memanggilnya, "Ya Khalifah Allah! Baginda dengan segena memintas cakap orang itu dengan katanya:

"Saya bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah RasulNya!

Adalah diriwayatkan bahawa pada keesokan harinya iaitu sehari setelah baginda terpilih sebagai Khalifah, Saiyidina Abu Bakan R.A. kelihatan membawa barang perniagaannya ke pasar. Beberapa orang yang melihat itu lalu mendekati baginda, di antananya Abu Ubaidah Bin Janrah. Sahabat besar itu mendekati baginda seraya berkata, "Urusan Khalifah itu tidak boleh dicampuri dengan berniaga! Lalu Abu Bakar R.A. bertanya, "Jadi dengan apakah aku hidup, dan bagaimana aku membelanjai rumah tanggaku? Demikian sedihnya nasib yang menimpa Saiyidina Abu Bakar R.A. sebab walaupun kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum ada lagi ketetapan untuk bagi seseorang kepala pemenintah Islam memperolehi gaji dari hanta kerajaan.

Keadaan ini mendapat perhatian dari para sahabat lalu mereka menentukan tunjangan secukupnya buat baginda dan buat keluarga baginda yang diambil dari Baitul Mal. Kemudian itu baharulah Khalifah Abu Bakar meninggalkan usaha penniagaannya kerana hendak memusatkan selunuh tenaganya untuk mengembangkan agama Islam dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Khalifah. Semasa hertugas sebagai Khalifah ummat Islam baginda hanya menerima penuntukan sebanyak enam ribu dirham sahaja setahun iaitu kira-kira lebih kurang 1,200 dolar sahaja setahun. Peruntukan itu tidak dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan sebelum wafatnya baginda telah memenintahkan supaya pendapatannya itu diserahkan kembali kepada Baitul Mal.

Kebijaksanaan Abu Bakar R.A. juga ternyata dalam polisinya menyamakan pemberian elaun kepada orang-orang yang berhak agar mereka tidak dipisahkan oleh jurang-jurang perbezaan yang jauh agar tidak lahir satu golongan yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa dan golongan-golongan yang lain. Sedangkan baginda sendiri hanya mengambil sekadar keperluan-keperluan asasi buat diri dan keluarganya.

Sebelum baginda wafat, kepada Saiyidina Umar Al Khattab baginda telah mewasiatkan agar jangan menghiraukan jenazahnya nanti bila baginda pulang ke rahmatullah, melainkan haruslah dia segera mengirim bala tentera ke Iraq untuk membantu Al Muthanna yang sedang bertempur di Iraq itu. Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak lupa mengingatkan Saiyidma Umar R.A. apa yang dikerjakannya di waktu Rasulullah wafat dan bagaimana cintanya kepada Rasul dan perhatiannya kepada jenazah baginda yang suci itu tidak mengabaikannya dan melaksanakan kewajipan bianpun yang demikian itu amat berat bagi jiwanya. Dengarlah antara lain kata-katanya kepada Umar Ibnul Khattab R.A.:

"Denganlah hai Umar! Apa yang akan kukatakan ini dan laksanakanlah. Aku mengharap akan kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu sebelum matahani terbit pada esok hari engkau hendaknya telah mengirim bala hantuan kepada Al Muthanna. Janganlah hendaknya sesuatu bencana bagaimana pun besannya dapat melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau telah melihat apa yang telah ku lakukan tatkala Rasulullah wafat sedang wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum pernah manusia ditimpa bencana yang sebesar itu. Demi Allah, andaikata di waktu itu aku melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita telah jatuh dan mendapat siksaan Allah, dan pasti pula kota Madinah mi telah jadi lautan api.

Dalam masa pemerintahannya yang singkat Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq yang memerintah hanya dalam masa dua tahun sahaja itu telah meletakkan asas pembangunan sebuah pemenintahan Islam yang teguh dan kuat setelah berjaya mengatasi berbagai macam masalah dalam negeri dengan segala kebijaksanaan dan kewibawaannya. Baginda telah memenuhi segenap janji-janjinya dan dalam masa dua tahun pemerintahannya itu telah terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan lembaran-lembaran yang abadi.

Sungguh kehidupan Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq adalah penuh dengan ibarat, penuh dengan nasihat, penuh dengan ajaran serta kenang-kenangan yang indah mulia. Selama dua tahun pemerintahannya itu baginda telah berjaya menyusun tiang-tiang pokok dan kekuatan Islam. Baginda telah membangunkan kekuatan-kekuatan yang penting bagi memelihara kepercayaan kaum Muslimin dan bagi memelihara keagungan Agama Islam. Bahkan baginda telah mengakhiri niwayat pemerintahan yang dipimpinnya dengan menundukkan sebahagian daripada negeri Syam dan sebahagian daripada negeri Iraq.

Ketika dia sakit, para sahabat mengatakan kepadanya, “bolehkah kami memanggil doktor untuk memeriksa penyakitmu?” “Doktor telah memeriksa penyakitku,” jawab Abu Bakar. “Apa yang dikatakan doktor tentang penyakitmu?” Tanya mereka. Abu bakar menjawab, “Dia mengatakan, “sesungguhnya Aku Maha Kuasa melakukanapa yang Aku kehendaki.” Abu Bakar meninggal dunia pada 12H  ketika umur baginda menginjak 63 tahun. Baginda dikebumikan di samping makam Rasulullah S.A.W. di Masjid Madinah. Semoga riwayat serta penjuangan baginda menjadi contoh ibadat yang murni bagi sekelian kaum Muslimin.

Himpunan Hadis (251-300)



1.    Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Seorang hamba mengatakan satu perkara yang diredhai dan dia merasakan perkara itu tidak penting tapi kerananya Allah SWT akan meninggikan darjatnya, dan seorang hamba mengatakan satu perkara yang dimurkai Allah SWT dan dia tidak menghiraukannya, tapi kerana perkara itu dia akan tersungkur di dalam neraka Jahanam. (HR Bukhari)

2.    Dari ‘Ubadah bin Somit r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Berjihadlah di jalan Allah SWT kerana dia adalah merupakan satu pintu dari pintu-pintu syurga, dengannya Allah SWT menjauhkan rasa kerisauan dan kesedihan. Di dalam satu riwayat lain ada penambahan, pergilah berjihad, jauh atau dekat dan dirikanlah batasan-batasan pada orang-orang yang hampir dan pada orang-orang yang jauh. Dan berkenaan Allah SWT jangan terkesan dari cercaan sesiapa pun. (HR Mustadrak Hakim)

3.    Dari Sahl bin Sa’ad r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Agama ini adalah satu khazanah kenikmatan. Khazanah-khazanah nikmat ini mempunyai anak-anak kunci. Berbahagialah hamba itu yang Allah telah menjadikannya kunci kebaikan (dan) penutup kejahatan. Yakni Allah telah menjadikannya asbab hidayat. Dan kebinasaanlah buat hamba yang Allah Ta’ala telah menjadikannya kunci kejahatan (dan) penutup kebaikan. Yakni menjadi punca kesesatan. (HR Ibn Majah)

4.    Hadrat Durrah binti Abi Lahab r.a berkata bahawasanya Rasulullah SAW berada di atas mimbar lalu berdiri seorang lelaki dan bertanya: Ya Rasulullah! Siapakah orang yang terbaik dikalangan manusia? Baginda SAW bersabda: yang terbaik dikalangan manusia ialah orang yang paling banyak membaca Al-Quran, yang paling bertakwa, yang paling banyak menyuruh akan kebaikan dan melarang dari kemungkaran dan yang banyak menghubungkan silaturrahim. (Musnad Ahmad, Tabrani)

5.    Dari Abu Said r.a dan Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Mengumpat adalah lebih buruk dari zina. Para sahabat r.hum bertanya; Wahai Rasulullah, bagaimana mengumpat itu lebih buruk dari zina? Baginda SAW menjawab: Seorang yang berzina boleh memohon ampun, maka Allah SWT mengampunkannya, tetapi orang yang diumpat, apabila dia tidak memaafkan orang yang mengumpat, maka pengumpat tetap berdosa. (HR Baihaqi)

6.    Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang. Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah maka Allah menyediakan kepadanya rezeki dengan segera, samaada dengan cepat atau dilambatkan sedikit. (HR Tirmizi)

7.    Dari Uqbah ibn Amir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perumpamaan bagi orang yang melakukan keburukan kemudian melakukan kebaikan ialah seperti seorang yang memakai baju besi yang sempit lalu tercekik. Kemudian dia melakukan kebaikan yang menyebabkan sambungan baju itu longgar, kebaikan yang dilakukan seterusnya menyebabkan ia bertambah longgar dan akhirnya akan terlucut ke tanah. (HR Ahmad)            

8.    Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Api dunia kamu adalah sebahagian daripada satu pertujuh puluh daripada api neraka. Seorang bertanya: Ya Rasulullah SAW bukankah api dunia sudah cukup panas. Rasulullah SAW menjawab: (Api dunia kalau dibandingkan dengan api neraka) adalah enam puluh sembilan kali lebih panas dan setiap satu kepanasan itu adalah sama dengan panasnya api dunia. (HR Bukhari)  

9.    Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tempat meletak busar panah seorang dari kamu dan tempat pemijak kaki dari syurga adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya dan jika salah seorang daripada wanita-wanita (bidadari) syurga muncul ke bumi nescaya akan bercahaya-cahaya daripada syurga hingga ke bumi dan akan dipenuhi keduanya dengan bau yang harum dan selendang atau tudungnya lebih bernilai daripada dunia dan seisinya. (HR Bukhari)

10. Dari Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan Israfil, semenjak hari penciptaannya terus berdiri dengan lurus di atas kedua belah kakinya tidak pernah mengangkat wajahnya. Di antara dia dan TuhanNya yang Maha Tinggi terdapat tujuh puluh hijab (dinding) dari Nur. Jika ia mendekati kepada hijab ini nescaya akan terbakar. (HR Masahibus Sunnah)

11. Dari Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya telah Berjaya seseorang itu yang beriman dengan ikhlas, menjadikan hatinya suci (dari syirik dan kekufuran) ucapannya jujur dan benar, jiwanya tenang (orang yang banyak berzikir dan melaksanakan segala perintah Allah akan mendapat ketenangan), baik budi pekertinya, menjadikan telinganya mendengar (nasihat) dan matanya melihat kepada kebenaran. (HR Musnad Ahmad)

12. Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Tiga sifat, barangsiapa mempunyai sifat-sifat yang berikut akan merasai kemanisan iman: Pertama, mereka yang mencintai Allah SWT dan Rasul SAW lebih dari segala sesuatu. Kedua, Tidak mencintai seseorang kepada seseorang yang lain kecuali kerana Allah SWT. Ketiga, seorang yang membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api. (HR Bukhari)

13. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT akan turun kelangit bumi pada dua pertiga daripada malam dan bertanya: Siapakah orangnya yang berdoa kepadaKu nescaya Aku akan perkenankan doanya. Dan siapakah orangnya yang meminta sesuatu akan Ku beri permintaannya. Dan siapakah orangnya yang memohon pengampunan nescaya akan Ku ampuni baginya. (HR Bukhari)

14. Dari Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT mengampuni dosa-dosa seorang muazzin sejauh mana suaranya itu kedengaran. Dan setiap yang bernyawa atau tidak bernyawa yang mendengar suara azannya memohon keampunan baginya, dan di dalam satu riwayat yang lain setiap yang bernyawa atau tidak bernyawa menjawab seruan azan yang didengarinya. (HR Ahmad)    

15. Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Pada malam Isra’ aku telah lalu berhampiran satu golongan yang bibir-bibir mereka dipotong dengan sebilah gunting dari api neraka. Aku telah bertanya kepada Jibrail a.s siapakah mereka ini? Jibrail a.s menjawab: Mereka adalah juru nasihat yang selalu menyuruh orang lain berbuat baik dan melupakan diri sendiri, yakni dia sendiri tidak beramal. Padahal mereka membaca kitab Allah SWT. Tidakkah mereka faham. (HR Musnad Ahmad)

16. Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah ditanya: Siapakah di antara orang beriman yang paling sempurna imannya? Baginda SAW telah bersabda: Di antara orang beriman yang paling sempurna imannya ialah dia yang berjihad di jalan Allah SWT dengan diri dan hartanya. Kedua dia yang tinggal di satu lembah menyembah Allah SWT dan dia menyelamatkan orang ramai dari kejahatannya. (HR Abu Daud)

17. Dari Abdullah Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Kamu semua hari ini mendengar perkara-perkara keagamaan dariku, esok perkara-perkara ini didengari pula daripada kamu. Kemudian ia didengari pula dari orang-orang yang mendengarinya daripada kamu (kerana itu dengarlah dengan teliti dan sampaikanlah kepada orang-orang yang selepas kamu, supaya mereka dapat menyampaikan kepada orang-orang selepas mereka, dan urutan ini berterusan). (HR Abu Daud)

18. Dari Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah SAW telah menukilkan satu firman Allah SWT di dalam sebuah hadis qudsi: Mana-mana hambaku yang semata-mata mendapat redhaKu mereka keluar sebagai mujahid, maka Aku memberi jaminan bahawa Aku akan memulangkannya ke rumah dengan pahala dan harta rampasan, dan jika Aku memanggilnya kembali, maka Aku akan mengampunkannya, merahmatinya dan akan memasukkanya ke dalam syurga. (HR Ahmad)

19. Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah memerintahkan satu jemaah untuk keluar ke jalan Allah SWT, mereka telah bertanya: ya Rasulullah! Malam ini kami pergi atau pun tinggal di sini dan pergi esok pagi? Baginda SAW telah bersabda: Adakah kamu tidak ingin untuk bermalam di salah satu kebun dari kebun-kebun syuirga? Yakni bermalam di jalan Allah SWT adalah seperti bermalam di kebun-kebun syurga. (Sunan Kubra)

20. Dari Jabir r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Aku dan kamu diumpamakan sebagai seorang yang telah menyalakan api, lalu rama-rama dan kelkatu jatuh ke atasnya dan dia menjauhkannya daripada api itu. Aku memegang pinggang-pinggang kamu dan menyelamatkan kamu dari api neraka, akan tetapi kamu terlepas dari tanganku. Yakni kamu terus berjatuhan ke dalam api neraka. (HR Muslim)

21. Dari Muaz bin Jabbal r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Mana-man hamba yang membuat amalan kebajikan untuk kemasyhuran dan untuk menunjuk-nunjuk, maka Allah Ta’ala akan memasyhurkan perkara ini di hadapan semua makhluk di Hari Kiamat nanti, (bahawa orang ini mengerjakan amalan kebajikan untuk menunjuk yang kerananya dia mendapat kehinaan). (HR Tabrani, Majma uz Zawaid)

22. Dari Abu Barzah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Aku khuatirkan terhadap kamu bahawa kamu terjerumus di dalam kehendak nafsu yang menyesatkan berkaitan dengan perut dan kemaluan kamu (seperti makan makanan haram, berzina dan lain-lain) dan dari terjerumus di dalam keinginan diri yang menyingkirkan kamu daripada jalan kebenaran) dan membawa kamu kepada kesesatan. (HR Musnad Ahmad, Bazzar, Tabrani, Majma uz Zawaid)

23. Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Di akhir zaman nanti akan wujud manusia yang pada luarannya adalah sahabat, akan tetapi pada dalamannya adalah musuh. Baginda telah ditanya orang. Ya Rasulullah! Mengapakah ini berlaku? Rasulullah SAW bersabda: Persahabatan secara luaran adalah kerana ada keperluan antara satu sama lain. Dan kerana ada permusuhan secara dalamanlah wujud rasa khuatir satu kepada yang lain. (HR Musnad Ahmad)

24. Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Akan dipersembahkan amal-amal manusia pada hari Isnin dan hari Khamis. Barangsiapa yang memohon pengampunan maka akan diampuniNya pada hari itu, dan barangsiapa bertaubat akan diterima taubatnya (tetapi) orang yang ada sifat membenci atau berdendam akan ditinggalkan sehinggalah dia bertaubat daripadanya. (HR Tabrani, Targhib) 

25. Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa bersumpah palsu dengan sumpah palsu dan mengambil hak seorang muslim yang lain Allah akan mewajibkan baginya memasuki neraka Jahannam dan haram ke atasnya syurga. Seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah SAW walaupun di atas satu benda yang remeh? Nabi SAW bersabda: Ya walaupun sebesar satu ranting dari pohon arak. (HR Muslim) 

26. Dari ‘Iyaz bin ‘Imar r.a berkata, wahai Nabi Allah, seorang lelaki daripada kaumku telah mencaci dan memburuk-burukkanku sedangkan dia ialah seorang yang lebih rendah kedudukannya daripadaku. Bolehkah daku membalas balik akan caciannya itu? Nabi SAW bersabda: Apabila dua orang mencaci maki antara satu sama lain, adalah seumpama dua syaitan yang mana kedua-duanya mencaci maki dan berkata bohong antara satu sama lain. (HR Ibnu Hibban)

27. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahmi yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau pun diam. (HR Bukhari)

28. Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Kerana (mendakwahkan) agama, aku telah ditakut-takutkan yang mana tidak ada seorang pun yang ditakut-takutkan seperti itu, dan aku telah disakiti hingga tiada siapa yang disakiti seperti ini. Telah berlalu tiga puluh malam dan tiga puluh siang berturut-turut dalam keadaan tidak ada makanan sedikit pun yang boleh dimakan oleh benda bernyawa kecuali kadar yang boleh disembunyikan oleh ketiak Bilal. Yakni kadar yang terlalu sedikit. (HR Tirmizi)

29. Dari Zaid bin Khalid Juhani r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang menyiapkan kelengkapan orang yang menunaikan haji atau orang yang keluar di jalan Allah SWT atau pun mengambil berat tentang ahli keluarga mereka selepas pemergian mereka, atau menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala sama seperti orang yang keluar di jalan Allah yang pergi mengerjakan haji dan orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka. (HR Baihaqi) 

30. Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: Semua umatku layak diberi keampunan kecuali mereka yang melakukan dosa secara terang-terangan. Ini termasuklah orang yang melakukan dosa pada suatu malam dan kemudiannya pada waktu pagi walaupun Allah telah menutup dosanya (dan tidak menampakkannya kepada orang ramai) dia berkata: Wahai fulan! Malam tadi aku telah melakukan (dosa) itu dan ini. Padahal dia menghabiskan malam dalam keadaan Tuhannya menutupinya tetapi dipagi hari menampakkan apa yang Allah SWT tutup (pada malam itu). (HR Bukhari)

31. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Setiap hari Isnin dan hari Khamis, amal-amal manusia akan dipersembahkan dihadapan Allah SWT dan Allah SWT akan mengampuni mereka pada hari itu bagi orang yang tidak mensyirikkan sesuatu dengan Allah, kecuali seorang yang memusuhi akan saudaranya (orang ini akan kecewa dari pengampunan Allah). (Malaikat) akan mengatakan kepadanya: Tinggalkanlah kedua orang ini sehingga kedua-duanya bermaaf-maafan, tinggalkanlah kedua orang ini sehingga kedua-duanya saling bermaaf-maafan. (HR Muslim)

32. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tahukah kamu apa itu memfitnah? Para sahabat r.hum berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda SAW bersabda: Memfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (muslim) ketika dia tiada yang dia tidak suka. Ditanya: Wahai Rasulullah, jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang muslim, maka apa yang harus aku katakan? Baginda SAW menjawab: Jika apa yang dikatakan benar, maka itu adalah mengumpat (bahkan lebih buruk daripada memfitnah). (HR Muslim) 

33. Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Akan datang dari umatku pada hari Kiamat nanti dimana cahaya mereka seperti cahaya matahari. Kami bertanya: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah SAW? Nabi SAW menjawab: Mereka itu ialah muhajirin yang miskin. Yang berada teguh dalam kerja-kerja yang sukar dibarisan hadapan. Apabila mereka mati keinginan mereka turut terpendam didalam dadanya. Mereka dihimpunkan dari segenap penjuru bumi ini. (HR Musnad Ahmad)

34. Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada yang dicintai oleh Allah lebih dari dua titisan dan dua kesan. Titisan ialah satu titisan air mata kerana takut kepada Allah. Kedua ialah titisan darah yang mengalir di jalan Allah. Dan dua kesan ialah kesan yang terjadi di jalan Allah (seperti parut-parut luka atau kesan cedera yang berlaku di jalan Allah) dan kedua ialah kesan dari melaksanakan perintah-perintah Allah yang fardhu (seperti tanda-tanda sujud atau kesan perjalanan haji dan lain-lain). (HR Tirmizi)

35. Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah orang yang berkumpul untuk berzikir kepada Allah Azza wa Jalla dengan tiada keinginan lain daripada mencari keredhaanNya, kecuali bahawa (pada akhir majlis itu) seorang malaikat mengumumkan dari langit (dengan perintah Allah): Bangunlah orang-orang yang patut mendapat keampunan, kerana sesungguhnya dosa-dosamu telah diganti dengan kebaikan. (HR Musnad Ahmad, Tabrani, Abu Ya’la, Bazzar dan Majma uz Zawaid)

36. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

37. Dari Muaz al-Juhaniy r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa membaca Al-Quran dan beramal dengannya, kedua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari Kiamat yang mana cahayanya lebih terang daripada cahaya matahari. Kemudian kalaulah matahari itu berada di dalam rumah kamu, (cahayanya tentu lebih terang, namun cahaya mahkota itu lebih terang lagi. Kalau pahala ini hanya untuk kedua ibu bapanya) Maka kamu dapat bayangkan apakah yang akan diterima oleh orang yang membacanya sendiri. (HR Abu Daud)

38. Dari Buraidah Aslamiy r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa membaca Al-Quran, mempelajarinya dan mengamalkannya akan dipakaikan pada hari Kiamat dengan sebuah mahkota yang diperbuat daripada Nur. Cahayanya seperti cahaya matahari. Kedua ibu bapanya akan dipakaikan dengan dua helai pakaian yang tidak ada tandingannya di dunia ini. Dia akan bertanya kenapakah dia dipakaikan dengan pakaian yang seumpama ini? Akan dijawab: Ini kerana kamu mengajar anak kamu membaca Al-Quran. (HR Hakim)

39. Dari Anas r.a menceritakan bahawa seorang wanita selalu membersihkan sampah-sampah di masjid telah meninggal dunia. Baginda SAW telah diberitahu tentang kematiannya di waktu pengkebumiannya. Baginda r.a datang lalu bersabda: Apabila meninggal dunia salah seorang daripada kamu beritahulah aku. Lantas Nabi SAW menyembahyangi jenazahnya dan bersabda: Sesungguhnya aku melihat dia berada di dalam syurga kerana dia selalu membersihkan kotoran-kotoran di masjid. (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

40. Dari Uqbah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang berwudhuk dengan sempurna kemudian menuju ke masjid dan duduk menunggu untuk bersembahyang maka malaikat yang mencatit kebaikan akan datang mencatit dimana setiap langkah dia berjalan diganjari dengan sepuluh kebaikan. Orang yang duduk menunggu sembahyang adalah seumpama orang yang beribadat. Semenjak dia keluar daripada rumahnya sehinggalah dia kembali adalah dikira sebagai orang yang sibuk bersembahyang. (Musnad Ahmad)  

41. Dari Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan; Satu hari Nabi SAW bersabda tentang sembahyang bahawa: Barangsiapa menjaga sembahyang fardhunya tepat pada waktunya, pada hari Kiamat nanti akan menjadi Nur kepada orang yang mengerjakannya, menjadi penghujah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Sebaliknya tidak ada Nur, pembela dan penyelamat bagi orang yang tidak menjaga sembahyangnya dan pada hari Kiamat mereka akan digolongkan bersama Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf. (HR Ahmad dan Tabrani)

42. Dari Huzaifah r.anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Islam itu terdiri dari lapan bahagian (yang penting). Islam (iman) satu bahgian, mendirikan solah satu bahagian, membayar zakat satu bahagian, menunaikan Haji satu bahagian, berpuasa satu bahagian, menyeru kepada kebaikan satu bahagian, mencegah daripada kemungkaran satu bahagian dan berjihad di jalan Allah Taa’la satu bahagian, sesungguhnya gagallah bagi mereka yang tidak ada satu bahagian pun daripadanya. (HR Al-Bazzar)

43. Dari Abi Musa Al-Asya’ri r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Satu ketika berdiri di hadapan kami memberi lima rangkai kalimat. Maka sabdanya: Sesungguhnya Allah SWT tidak tidur. Dan tidak selayaknya bagi Allah SWT itu tidur. Mengurangi dan menambahkan rezeki. Mengangkat amalan malam sebelum amalan siang. Dan mengangkat amalan siang sebelum amalan malam. Hijabnya daripada nur, jika ia dibuka nescaya sejauh mana makhluk yang dapat dilihat akan terbakar kerananya. (HR Muslim)

44. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Hendaklah kamu meminta perlindungan dari Jubbul-Hazan. Sahabah r.hum telah bertanya: Apakah Jubbul-Hazan itu? Nabi SAW telah bersabda: Ia adalah satu lembah di neraka yang neraka sendiri meminta perlindungan darinya sebanyak seratus kali setiap hari. Rasulullah SAW ditanya: Siapakah yang akan memasukinya? Nabi SAW telah bersabda: Pembaca-pembaca Al-Quran yang melakukan amalan mereka itu untuk menunjuk-nunjuk. (HR Tirmizi)         

45. Hazrat Abu Said bin Abu Fadhalah Al Ansari r.anhu yang merupakan salah seorang sahabat berkata, daku dengar Rasulullah SAW bersabda: Tatkala Allah Ta’ala menghimpunkan manusia pada hari Kiamat iaitu pada hari yang tiada keraguan mengenainya, berserulah satu penyeru: Barangsiapa yang menyengutukan di dalam amalannya sesuatu dengan Allah SWT, maka mintalah pahalanya daripada selain Allah SWT. Ini kerana Allah SWT Maha Kaya yang tidak memerlukan perkongsian sesiapa pun. (HR Tirmizi)

46. Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ditanya, siapakah yang paling mulia di antara manusia? Baginda SAW menjawab: Setiap orang yang hatinya Makhmum dan lidahnya jujur. Sahabat r,hum bertanya; Kami tahu seorang yang lidahnya jujur, tetapi apa yang dimaksudkan dengan hati Makhmum? Baginda SAW menjawab: Makhmum ialah oyang Muttaqin (menjauhkan diri dari keburukan kerana takut kepada Allah) dan bersih hatinya, bebas dari segala dosa dan kesalahan, tidak mempunyai sedikit pun perasaan dengki atau irihati padanya. (HR Ibnu Majah)  

47. Dari Amr bin ‘Auf r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Demi Allah! Bukanlah kemiskinan itu yang aku khuatirkan terhadap kamu, tetapi yang aku khuatirkan kepada kamu ialah dunia dilapangkan kepada kamu, sepertimana ia telah dilapangkan kepada orang-orang sebelum kamu, kemudian kamu akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya sepertimana orang-orang sebelum kamu berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Lalu dunia akan melalaikan kamu sepertimana ia telah melalaikan mereka. (HR Bukhari)

48. Dari Zaid bin Thabit r.a berkata: saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Jika matlamat seseorang itu adalah dunia maka Allah SWT akan memporak perandakan urusannya. Yakni Allah SWT akan menyusahkannya di dalam segala urusan (rasa khuatirkan) kemiskinan terbayang-bayang dihadapan matanya, dan dia akan mendapat dunia hanya sekadar apa yang telah ditakdirkan untuknya. Dan sesiapa yang niatnya adalah akhirat, maka Allah SWT akan memudahkan urusannya dan Allah SWT akan menjadikan hatinya kaya, dan dunia akan datang dalam keadaan hina kepadanya. (HR Ibnu Majah)

49. Diriwayatkan daripada Hadhrat Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang menyeru kearah hidayah dan pekerjaan yang baik, dia akan mendapat pahala sama banyak dengan pahala orang-orang yang mengikutnya. Dan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang-orang yang mengikutinya. Begitu juga, sesiapa yang menyeru kejalan kesesatan, dia akan mendapat dosa sepertimana dosa orang-orang yang mengikuti kesesatan itu. Dan kerananya tidaklah berkurangan dosa orang-orang yang mengikutinya itu. (HR Muslim)

50. Dari Miqdad r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Pada hari Kiamat, matahari akan dihampirkan pada semua makhluk sehingga tinggal sebulan perjalanan dari bumi. (Disebabkan kepanasan) manusia akan berpeluh mengikut kadar amalannya. Lebih banyak keburukan yang dilakukannya lebih banyak peluh yang dikeluarkan sehingga ada yang sampai ke buku lali, sebahagiannya ada yang sampai ke lutut, sebahagiannya ada yang sampai ke pinggangnya dan sebahagian ada yang sampai ke mulutnya. Rasulullah SAW menunjukkan tangannya ke arah mulutnya (iaitu hingga sampai ke sini). (HR Muslim)

Himpunan Hadis (201-250)


1.    Dari Huzaifah bin Yaman r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila seorang mukmin bertemu dengan seorang mukmin yang lain, hendaklah dia memberi salam kepadanya dan berjabat tangan (untuk bersalam), dosa-dosa mereka berguguran seperti daun-daun berguguran dari pohonnya. (HR Tabrani, Majma uz Zawaid)

2.    Hazrat Iyyadh bin Khimar r.anhu dari kabilah bani Mujashik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT telah mewahyukan kepadaku supaya kamu semua berusaha mendapatkan sifat tawadhuk sehingga tidak akan wujud sifat bangga di antara satu sama lain dan tidak menzalimi orang lain. (HR Muslim)

3.    Dari Abu Said Al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tiada seorang muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekali pun melainkan diampuni akan dosa-dosanya. (HR Bukhari)

4.    Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa duduk dalam satu majlis yang tidak menyebut nama Allah dan tidak berselawat kepada Nabi SAW maka majlis itu akan menjadi sebab kerugian pada hari Kiamat. Maka sekiranya mahu, Allah mengazab mereka dan sekiranya mahu mengampunkan mereka. (HR Tirmizi)

5.    Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa tidur dalam keadaan berwudhu’, malaikat akan tidur disisinya sehingga tersentuh kulitnya. Dan apabila dia bangun malaikat akan berkata: Wahai Allah, ampunilah orang ini kerana dia tidur dalam keadaan berwudhu’. (HR Ibn Hibban)

6.    Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong. (HR Tirmizi)

7.    Dari Umair Al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa dikalangan ummatku berselawat kepadaku dengan ikhlas sebanyak sepuluh kali, Allah SWT akan menurunkan rahmat untuknya sepuluh rahmat. Dan diangkat darjatnya sepuluh kali darjat, dan dituliskan untuknya sepuluh kebaikan dan diampunkan daripadanya sepuluh kejahatan. (HR Nasai)

8.    Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan seorang yang mempelajari ilmu agama kemudian tidak mengajarkan kepada orang lain adalah seperti seorang yang mengumpulkan harta yang banyak di dalam khazanahnya tetapi tidak membelanjakannya. (HR Tabrani)

9.    Dari Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu mempelajari ilmu agama untuk memperlihatkan kehebatan ke atas ulama dan mempelajari ilmu untuk berhujah dengan orang-orang yang bodoh, dan untuk menarik perhatian majlis. Barangsiapa berbuat demikian maka tempatnya ialah didalam api neraka, api neraka. (HR Ibn Majah)

10. Dari Ibn Abbas r.huma meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Empat perkara barangsiapa mendapatinya sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, badan yang sentiasa bersabar dalam menangung kesusahan, isteri yang sentiasa menjaga dari khianat pada dirinya dan pada harta suaminya. (HR Tabrani)

11. Dari Abdullah ibn Mas’ud r.a berkata; Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah akan ditulis baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan itu digandakan sepuluh kali ganda. Aku tidak berkata alif laam miim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf yang berasingan. (HR Tirmizi)

12. Dari Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa memberi azan selama dua belas tahun, adalah wajib baginya syurga dan dituliskan baginya setiap kali azan ialah sebanyak enam puluh kebaikan, dan setiap kali iqamat akan dituliskan baginya tiga puluh kebaikan. (HR Al-Hakim)

13. Dari Salman r.a meriwayatkan bahawa baginda Nabi SAW bersabda: Barangsiapa berwudhuk dirumahnya dengan sebaik-baik wudhuk kemudian pergi ke masjid, dia adalah menjadi tetamu Allah. (Allah sebagai tuan rumah) dan adalah menjadi tanggungjawab tuan rumah untuk memuliakan tetamunya. (HR Tabrani)

14. Dari Abdullah ibn Qurtd r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Perkara pertama yang akan dihisab bagi seorang hamba pada hari Kiamat ialah sembahyang. Sekiranya sembahyangnya baik, maka amalan-amalan yang lain akan diterima dan jika sembahyangnya rosak, maka semua amalan-amalan yang lain akan rosak. (HR Tabrani, Targhib)

15. Dari Abdullah bin Amr Ibn As r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Perintahkanlah anak-anakmu bersembahyang ketika berumur tujuh tahun dan rotanilah dia jika tidak mahu bersembahyang ketika diumur sepuluh tahun dan pisahkanlah diantara tempat tidur mereka (antara adik beradik lelaki dan perempuannya). (HR Abu Daud)

16. Dari Ibn Umar r.a berkata; Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak sempurna iman bagi orang-orang yang tidak amanah dan tidak ada sembahyang bagi orang-orang yang tidak ada wudhuk. Dan tidak ada agama bagi orang-orang yang tidak sembahyang. Sesungguhnya kedudukan sembahyang didalam agama, adalah seumpama kepala kepada badan. (HR Tabrani dan Targhib)

17. Dari Abdullah ibn Umar r.huma meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Hanya ada dua jenis manusia yang (dibolehkan) untuk dicemburui. Seorang yang telah Allah berikan kepadanya Al-Quran dan dia telah membacanya di waktu siang dan malam, dan seorang lagi yang mana Allah SWT berikan harta kekayaan dan dia telah membelanjakannya (di jalan Allah) siang dan amalam. (HR Muslim)

18. Dari Asma binti Yazid r.ha berkata; Baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (di majlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah Taala akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka Jahanam. (HR Musnad Ahmad)

19. Dari Sahl bin Sa’ad r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Jika dunia ini mempunyai nilai sebesar kepak nyamuk sekalipun, maka Allah SWT tidak akan memberi minum kepada orang kafir walaupun seteguk air (oleh kerana dunia ini tidak bernilai walaupun sekadar ini, kerana itulah dunia ini diberi kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang berdosa tanpa batasan. (HR Muslim)

20. Dari Abu Said Al-Khudri r.a berkata: Aku mendengar bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa melihat kemungkaran hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lidahnya, dan sekiranya dia tidak mampu juga, hendaklah dia cegah (membenci) dalam hatinya dan ini ialah selemah-lemah iman. (HR Muslim)

21. Dari Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu. (HR Tabrani)

22. Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang belajar ilmu untuk maksud lain selain dari redha Allah SWT (umpamanya untuk mencari kemuliaan, kemasyuran harta dan lain-lain) maka hendaklah dia menempah tempatnya di neraka Jahanam. (HR Tirmizi)

23. Dari Abu Hurairah r.a bahawa aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: Perumpamaan orang yang keluar dijalan Allah SWT – dan Allahlah yang lebih mengetahui siapa yang berjihad dijalanNya – (untuk mendapatkan redhaNya) perumpamaannya adalah seperti dia yang berpuasa, beribadat pada waktu malam, tunduk dihadapan Allah SWT kerana takutkanNya, serta melakukan ruku’ dan sujud. (HR Nasa’i)

24. Dari ‘Ursi Ibni ’Amirah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kerana kesalahan sebahagian manusia Allah tidak akan mengazab kesemua orang (yang tidak terlibat di dalam kesalahan itu). Akan tetapi Allah akan mengazab kesemua sekali, jika orang-orang yang taat walaupun mampu melarang mereka-mereka yang engkar. (HR Tabrani)

25. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sejahat-jahat manusia ialah seseorang yang merosakkan akhiratnya kerana dunia orang lain. Yakni demi untuk memberi manfaat dunia kepada orang lain, dia merosakkan akhiratnya dengan melakukan perkara yang memurkakan Allah SWT. (HR Baihaqi)

26. Dari Abdullah bin ‘Amr r.huma berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang memasyhurkan amalannya kepada manusia, maka Allah SWT akan menyampaikan kepada pendengaran makhlukNya akan amalan riya’ ini (dan bahawa orang ini adalah seorang yang riya’) dan Allah akan mengecilkannya pada pandangan makhluk dan menghinakannya. (HR Tabrani, Majma uz Zawaid)

27. Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Doa seorang muslim kepada saudaranya yang tidak hadir adalah makbul. Seorang malaikat berada dari arah kepalanya dan apabila dia berdoa untuk kebaikan saudaranya malaikat ini akan berkata amin dan (kepada orang yang berdoa, malaikat berkata) semoga engkau menerima serupa (apa yang engkau doakan untuk saudaramu). (HR Muslim)

28. Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya dihadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai. (HR Abu Daud)



29. Dari Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Allah membuka seluas-luasnya tangan RahmatNya di waktu malam bagi mereka yang melakukan dosa disiang hari dan membuka tangan RahmatNya di waktu siang bagi mereka yang melakukan dosa diwaktu malam supaya bertaubat kepada Allah. (Kerahiman ini) akan terus berlaku sehinggalah matahari terbit disebelah barat. (HR Muslim)

30. Dari Zaid bin Thabit r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda: Tiga perkara yang dengannya hati orang beriman akan suci dari sifat khianat, dengki (dan semua keburukan): 1. Beramal untuk redha Allah SWT. 2. Inginkan kebaikan untuk para pemimpin, 3. Sentiasa bersama dengan jemaah orang Islam. Ini kerana orang yang bersama-sama jemaah akan dilingkungi oleh doa ahli-ahli jemaah itu. (HR Ibn Majah)

31. Dari Muaz ibn Anas Al-Juhaniy r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali sehingga tamat akan dibinakan oleh Allah untuknya sebuah mahligai di dalam syurga. Umar Ibn Khattab r.a berkata: Ya Rasulullah! Kalau begitu saya akan membaca dengan lebih banyak lagi! Nabi SAW menjawab: Allah sebaik-sebaik pemberi ganjaran dan lebih banyak daripada itu. (HR Musnad Ahmad)

32. Dari Abu Tsabit, dalam suatu riwayat lain disebutkan Abu Said dan dalam riwayat lain pula disebutkan Abulwalid, iaitu Sahl bin Hanif r.a, dan dia pernah menyaksikan peperangan Badar, bahawasanya Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang memohonkan kepada Allah SWT supaya dimatikan syahid dan permohonannya itu dengan secara yang sebenar-benarnya, maka Allah akan menyampaikan orang itu ke tingkat orang-orang yang mati syahid, sekalipun ia mati di atas tempat tidurnya. (Riwayat Muslim)

33. Dari Anas bin Abdul Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Ketika aku diangkat (pada malam Mi’raj) ke langit, aku melintasi segolongan manusia yang tangannya berkuku tembaga dan mereka mencakar muka dan dada mereka. Aku bertanya kepada Jibrail: Siapakah mereka ini? Dia menjawab: Mereka selalu memakan daging manusia dengan memfitnah dan mengumpat orang. (HR Abu Daud)

34. Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi SAW sabdanya: Sesungguhnya dunia ini manis dan menghijau (yakni lazat dan nyaman) dan sesungguhnya Allah itu menjadikan engkau semua sebagai pengganti di bumi itu, maka itu Dia akan melihat apa-apa yang engkau lakukan. Oleh yang demikian, maka takutilah harta dunia dan takutilah pula tipu daya kaum wanita. Sebab sesungguhnya pertama-tama fitnah yang terjadi di kalangan kaum Bani Israil adalah disebabkan kaum wanita. (Riwayat Muslim)

35. Dari Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Senyuman kepada saudaramu (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma’ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. (HR Tirmizi)

36. Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Masjid ialah rumah bagi orang-orang yang bertakwa, Allah SWT telah mengambil tanggungjawab ke atas mereka yang menjadikan masjid sebagai rumahnya dengan: Aku akan memberi kerehatan dan rahmat kepadanya, Aku akan mudahkan meniti titian Sirat untuknya, mendapat keredhaan Allah SWT dan Aku akan mengurniakan syurga kepadanya. (HR Tabrani)

37. Dari Sa’di r.a menceritakan bahawa satu ketika kami duduk bersama-sama Nabi SAW. Nabi SAW bersabda: Adakah salah seorang daripada kamu sanggup melakukan kebaikan seribu kali setiap hari? Salah seorang daripada kami yang duduk di majlis itu bertanya: Bagaimana seseorang boleh memperolehi seribu kebaikan setiap hari? Nabi SAW bersabda: Bertasbih (Subhanallah) seratus kali akan dituliskan ganjaran untuknya seribu kebaikan. Dan seribu dosa akan dimaafkan. (HR Muslim)

38. Dari Ali r.a meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang muslim mengunjungi seorang muslim yang sakit diwaktu pagi kecuali 70,000 malaikat berdoa memohon rahmat ke atasnya sehingga ke petang, atau berkunjung kepadanya di waktu petang, melainkan 70,000 malaikat berdoa ke atasnya sehingga ke pagi, dan dia mendapat sebuah kebun buah-buahan dalam syurga. (HR Tirmizi)

39. Dari Zaid bin Thabit r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda: Tiga perkara yang dengannya hati orang beriman akan suci dari sifat khianat, dengki (dan semua keburukan): 1. Beramal untuk redha Allah SWT, 2. Inginkan kebaikan untuk para pemimpin, 3. Sentiasa bersama dengan jemaah orang Islam. Ini kerana orang yang bersama-sama jemaah akan dilingkungi oleh doa ahli-ahli jemaah itu. (HR Ibnu Majah)

40. Dari ‘Amr bin ‘Auf r.a menukilkan sabdaan Baginda SAW bahawa: Agama pada mulanya adalah satu perkara yang asing (dagang), kelak tidak lama lagi ia akan kembali menjadi asing seperti mula dahulu. Kerana itu berita gembira bagi orang-orang Islam yang kerana agama mereka dianggap sebagai terasing, mereka itu ialah orang-orang yang membetulkan jalanKu yang telah dirosakkan orang-orang selepasKu. (HR Tirmizi)

41. Dari Samurah ibn Jundab r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Di antara mereka (ahli neraka) di makan oleh api hingga sampai ke buku lalinya dan di antara mereka ada yang dimakan oleh api hingga sampai ke lututnya. Dan di antara mereka ada yang dimakan oleh api hingga sampai ke pinggang mereka dan sebahagian dari mereka ada yang dimakan oleh api sampai ke tulang dadanya. (HR Muslim)

42. Dari Anas r.a meriwayatkan, Aku mulai berkhidmat kepada Rasulullah SAW ketika umurku 8 tahun. Selama 10 tahun berkhidmat dia tidak pernah menyalahkan aku apabila berlaku kerugian (kesalahan) yang berlaku dengan sebab tanganku. Dan jikalau seseorang daripada keluarganya menyalahkan aku, Baginda akan bersabda: Biarkan dia, kerana sesungguhnya jikalau sesuatu telah ditakdirkan, pasti akan terjadi! (Masabi hus Sunnah)

43. Dari Abu Malik Al-Ashari r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah bilik yang mana tembus pandangan, dari dalam boleh dilihat apa yang ada diluar dan dari luar dapat dilihat apa yang ada di dalam. Allah menyediakannya khas untuk mereka yang memberi makan kepada fakir miskin, menghamburkan salam, dan bersembahyang malam di mana manusia sedang nyenyak tidur. (HR Tabrani)

44. Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiga manusia adalah merupakan tanggungan Allah SWT jika mereka hidup, mereka akan diberi rezeki dan akan dibantu dalam pekerjaan yang mereka lakukan. Dan jika mereka meninggal dunia maka Allah SWT akan memasukkan mereka ke dalam syurga. Pertama ialah orang yang masuk kerumahnya lantas memberi salam, kedua orang yang pergi ke masjid, ketiga orang yang keluar dijalan Allah SWT. (HR Ibn Hibban)

45. Dari Mahmud bin Labidh r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Dua benda yang mana tidak disukai oleh manusia, pertama ialah maut sedangkan maut itu lebih baik daripada fitnah. (kerana dengan kematian manusia akan terhindar dari fitnah yang boleh merosakkan agama). Kedua ialah kurangnya harta, sedangkan dengan kurangnya harta sedikitlah penghisabannya di hari akhirat kelak. (HR Musnad Ahmad, Majma uz Zawaid)

46. Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: Bilakah akan berlaku hari Kiamat wahai Rasulullah? Baginda Rasulullah SAW menjawab: Apakah persiapan engkau untuk hari itu? Dia menjawab: Aku tidak ada persiapan untuk itu dengan banyak bersolat, dan puasa sunat atau pun bersedekah, akan tetapi aku mencintai Allah dan RasulNya. Nabi SAW bersabda: Kamu akan berada bersama dengan orang yang kamu cintai. (HR Bukhari)

47. Dari Abdullah bin Umar r.a berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: Bilamana kamu terlalu sibuk di dalam urusan jual beli, dan kamu memegang ekor lembu dan leka bercucuk tanam dan kamu meninggalkan jihad, maka Allah SWT akan menimpakan ke atas kamu kehinaan yang tidak akan terluput sehinggalh kamu kembali kepada ugamamu (yang berjihad itu adalah sebahagian darinya). (HR Abu Daud)

48. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jikalau seseorang menghilangkan satu dari kesusahan seseorang di dunia ini, Allah akan menghilangkan satu kesusahan darinya pada hari akhirat. Dan jikalau seseorang menyembunyikan satu kesalahan seorang muslim, Allah SWT akan menyembunyikan kesalahan-kesalahannya di akhirat, Allah SWT akan tetap membantu seorang selagi dia membantu saudaranya. (HR Musnad Ahmad)

49. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang menyertai jenazah dan mengerjakan sembahyang jenazah akan mendapat pahala sama dengan satu qirat, dan barangsiapa yang menyertai jenazah sehingga ke kubur akan mendapat pahala sama dua qirat. Apabila ditanya, apa itu dua qirat. Rasulullah SAW menjawab: (Sama dengan) dua gunung yang besar. Dalam riwayat lain, bahawa dua gunung, yang paling kecil seperti gunung Uhud. (HR Muslim)

Dari Umar r.a berkata: Aku mendengar baginda rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa merendahkan diri kepada Allah maka Allah akan meninggikan darjatnya. Mereka ini sentiasa melihat dirinya kecil tetapi pada pandangan orang lain dia adalah besar. Barangsiapa berlagak sombong Allah SWT akan menjatuhkannya dan hilang rasa hormat orang terhadapnya. Mereka ini merasa dirinya besar, tetapi orang lain mengira dia lebih buruk daripada anjing atau babi. (HR Baihaqi)